4 PETUA CEPAT LEKAT SUAMI ISTERI DENGAN “AMALAN HEBAT”

Soal zuriat semuanya rahsia Allah dan ramai pasangan yang berkahwin akan mengimpikan anak dalam rumah tangga. Namun begitu, rezeki zuriat untuk setiap orang tak sama.

 

Bagaimanapun, jika Allah masih belum mengabulkan atau menjawab doa, pastinya ada hikmah yang sangat indah sedang menanti anda. Oleh itu, teruskan berdoa dan mengharapkan yang terbaik untuk anda dan pasangan.

 

Jika bukan hari ini, pasti rezeki itu akan terjadinya nanti. Teruskan berusaha, ikhtiar jika anda betul-betul menginginkan sesuatu, jangan cepat putus asa. Tak bermakna anda gagal jika anda belum dikurniakan zuriat sekarang, rezeki anak pasti ada cuma bezanya lambat atau cepat sahaja.

Antara “amalan hebat” yang boleh suami isteri cuba amalkan untuk mendapatkan zuriat. Syarat utamanya adalah cara ini kena diamalkan bersama dengan niat bersungguh-sungguh.

1- Lazimi Istighfar

Suami isteri digalakkan untuk melazimi istighfar. Ini bertepatan dengan Hadis Nabi S.A.W: ‘Barang siapa yang memperbanyakkann istighfar, nescaya Allah akan melapangkan kesusahannya, memberi jalan keluar setiap kesukarannya dan memberi rezeki tanpa diduga-duga’. (HR. Abu Daud dan Nasa’i)

Maka aku berkata (kepada mereka), “Mohon ampunlah kepada Tuhanmu, Sungguh, Dia Maha Pengampun, nescaya Dia akan menurunkan hujan lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu (QS. Nuh: 10-12)

Jelaslah disini, bahawa kelebihan istighfar anda akan menjadi lebih tenang dan redha di atas setiap ketentuan Allah serta percaya disebalik takdir Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Hanya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.

 

 

2- Berdoa Sebelum Berjimak

Sebelum berjimak, suami isteri hendaklah membaca bismilah dan juga membaca doa khusus sebelum memulakan jimak bersama isteri.

Daripada Abdullah Ibn Abbas R.anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

“Apabila salah seorang daripada kamu ingin mendatangi isterinya maka bacalah:

 

بِاسْمِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ، وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

 

Maksudnya: Dengan nama Allah, ya Allah ya Tuhan kami, jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang kamu rezekikan kepada kami.

 

Sesungguhnya jika ditakdirkan (Allah) buat kamu berdua anak pada waktu itu, maka anak tersebut tidak akan dimudharatkan oleh syaitan selamanya.” [Riwayat al-Bukhari (6388)]

 

3- Amalkan Doa Nabi Zakaria

Suami isteri harus mengamalkan doa nabi zakaria seharusnya dilakukan pada waktu mustajab doa seperti ketika bermusafir, sebelum berbuka puasa, petang jumaat selepas asar, di antara azan dan iqamat dan sebagainya.

Antara doa Nabi Zakaria yang boleh suami isteri amalkan adalah seperti berikut:

“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebai-baik yang mewarisi” (Surah Anbiya 21:89)

“Wahai Tuhanku. Kurniakanlah kepada-Ku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.” (Surah Ali Imran 3:38)

 

4- Perbanyakkan Sedekah

Seperti yang kita tahu, sedekah itu membuka pintu rezeki. Nabi S.A.W bersabda kepada Zubair bin Al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ada di Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.

Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (HR Ad-Daruquthni dari Anas R.A)

Oleh itu, banyakkan lah bersedekah kepada insan yang memerlukan semoga menjadi asbab Allah mudahkan urusan anda suami isteri untuk dapatkan zuriat. Kadangkala, doa orang-orang yang pernah kita tolong mungkin menjadi asbab Allah akan mengabulkan keinginan menjadi ibu dengan mudah.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping