5 PETANDA YANG ANDA MUNGKIN HAMIL ANAK KEMBAR !!!

Jika ada antara ahli keluarga anda yang berketurunan kembar, anda berkemungkinan besar juga akan melahirkan pasangan kembar . Namun selain factor ginetic tahukah anda yang tanda tanda mengandung anak kembar adalah lebih tinggi jika anda tergolong dalam kategori dibawah:

 

• Berusia 30 tahun ke atas

• Hampir menopaus

• Lebih tinggi dari wanita sebaya anda

• BMI 25 ke atas

 

Berikut saya kongsikan petanda anda sedang hamil anak kembar :

 

1# morning sickness yang sangat teruk

– Dalam pada para ibu resah dengan morning sickness atau rasa mual yang teruk, mungkin ianya juga merupakan tanda yang anda sedang menghamilkan anak kembar.

 

2# Berat badan naik mendadak

– Pada trimester pertama, kadar kenaikkan yang normal adalah sekitar 2kg sebulan ,jika ianya melebihi 5kg maka tanda anda sedang mengandungkan anak kembar adalah tinggi.

– Malah ukuran Rahim dan jumlah darah juga meningkat lebih besar berbanding Rahim seorang bayi

 

3# Perut kelihatan lebih besar usia kandungan masih baru

– Ini adalah tanda mengandung anak kembar yang agak ketara, apabila perut ibu tampak lebih besar daripada biasa walaupun pada usia kandungan yang masih baru, cepat-cepatlah lakukan imbasan ke atas kandungan anda barangkali anda sedang menghamilkan dua bayi di dalam satu perut yang sama.

 

4# Penat yang melampau

– Mengandung anak kembar juga membuatkan ibu rasa penat melampau , ini salah satu petanda mengandung anak kembar yang itu patut tahu

– Ini kerana tubuh ibu akan bekerja dua kali ganda untuk memberi nutrisi dan merawat tubuh demi perkembangan dua janin dalam rahim ibu tersebut.

 

5# Terdapat dua degupan jantung

– Tanda mengandung anak kembar juga boleh dikenal pasti selepas anda menjalani pemeriksaan kehamilan dan terbukti terdapat dua degupan jantung.

 

Hamil anak kembar pastinya sesuatu yang mengujakan, akan tetapi anda haruslah lebih berhati-hati kerana kehamilan kembar juga dikategorikan sebagai kehamilan berisiko. Pastikan anda tidak terlepas menghadiri pemeriksaan pra-natal dan mendapatkan rehat yang cukup sepanjang kehamilan anda. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pasangan yang sedang menanti bayi kembar anda.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping