6 Amalan ketika hamil yang ibu-ibu muda malas nak buat

Salam semua, saya Yuyu Musa. Ok hari ni Kak Yu nak cerita sikit kat adik-adik semua terutama yang baru aje hamil. Maklumlah sekarang ni ramai yang kahwin muda kan. Tup tup dah preggy.. Alhamdulillah 🙂

Ok,  lepas dah tau diri kira ni preggy.. Yang PERTAMA SEKALI,

1) RANCANG RAWATAN ANTENATAL SEJAK DARI AWAL KANDUNGAN LAGI. 

Kalau klinik2 swasta kita boleh pilih doctor2 yg kita mahu sejak dari awal sampai la melahirkan.
Cara senang nk pilih semestinya rekemen dari rakan2, group2 dan lain-lain.

kalau klinik kerajaan pula ibu2 muda patut datang awal utk check kehamilan buat buku merah tu ya.

Jgn lupa dtg setiap kali temujanji. Nampak remeh tapi sebenarnya perkara ni banyak membantu menentukan kesihatan baby kita nanti

2. JAGA PEMAKANAN SEPANJANG KEHAMILAN.

Ramai salah anggap, bila preggy nak kena makan untuk 2 orang. Salah tu! makan mcm biasa aje la sayang2 semua ..

Cuma jaga pemakanan korang biar ada ikan, daging, ulam-ulam, buah buah, dan lain lain.

Jgn amalkan sngt fast food ketika hamil ya

3. AMALKAN SENAMAN SELALU

Ramai salah anggap kalau preggy kena duk rilek aje sepanjang masa.. huhu.. akak pun dulu mcm tu jugak dik
Senaman boleh menambah perasaan ceria dan membantu anda menangkis kemurungan semasa mengandung.

Untuk awal 1st trimester pertama jangan buat senaman berat2 ya.. akan tetapi kalau sudah selesa dgn senaman tertentu, teruskan shj sepanjang kehamilan.

Berjalan-jalan kat taman pun senaman juga! Nk lagi best, kita pi shopping

4. KURANGKAN MINUM KOPI, TEH , ATAU COLA YG MENGANDUNGI CAFFEIN. 

kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah, atau meningkatkan risiko keguguran.

5. LEBIHKAN BEREHAT 

Sebenanya, masa 1st dan 3rd trimester bdn kita bagi signal kita letih. Jadi ketika ni jangan terlalu aktif ya, banyakkan rehat kalau terlampau letih.

bagitau cikabg kita rehat bukan saje2 ya

JOM KITA SHARE, mana tau ada ibu2 muda yang perlukan nya 🙂

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping