Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu menjalani kehidupan harian dengan penjagaan rapi untuk memastikan tubuh badan ibu kembali sihat seperti sedia kala.
Pada masa kini, kebanyakkan ibu-ibu yang berpantang lebih gemar untuk menggunakan teknik moden untuk berpantang.Namun demikian, masih banyak lagi kaedah-kaedah tradisional digunakan di dalam berpantang.
Tempoh biasanya berpantang adalah 44 hari ataupun 100 hari mengikut pilihan masing-masing.Dalam tempoh ini, ibu-ibu berpantang tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti dan perlu mengikut penjagaan yang telah ditetapkan.
Jom teruskan membaca untuk mengetahui apakah 7 pantang larang ketika berpantang.
Puncanya adalah jika postur badan ibu,kepala si ibu berapa lebih tinggi dari badan.Hal ini akan menyebabkan darah kotor atau angina naik ke kepala menyebabkan ibu berpantang lebih mudah untuk terkena sakit kepala.
Pemakaian sarung kaki amat digalakkan kerana sarung kaki berfungsi untuk memanaskan kaki.Hal ini dapat mengelakkan badan dari masuk angin seterusnya dapat menghindarkan diri dari seberang penyakit.
Ibu yang berpantang seeloknya tidak perlu keluar dari bilik selama seminggu atau dua minggu demi memastikan dapat memulihkan tenaga dan memberikan waktu untuk badan berehat dengan sempurna.
Memakan ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu boleh mengganggu system pencernaan dan boleh menyebabkan masalah kembung perut. Jika pemakanan ibu tidak dijaga dengan betul,bayi yang menyusu juga boleh menghadapi masalah.
Tidur pada waktu senja boleh menyebabkan kepada berasa berat dan pening.Waktu senja dalah waktu dimana ibu-ibu perlu membuat pengurusan diri seperti mandi dan membersihkan badan.Hal ini kerana ibu tidak digalakkan mandi pada waktu malam kerana dikhuartiri angina malam yang sejuk masuk ke badan.
Tempoh 44 hari berpantang adalah tempoh dimana ibu berpantang perlu berpuasa dari meminum ais.Hal ini kerana air sejuk dan ais boleh menyebabkan badan menjadi sakit dan lenguh.
Ibu jari kaki perlu dijaga dan diurus dengan rapi pada setiap hari. Jika terhantuk, darah beku mungkin berlaku dan boleh menyebabkan pitam atau bentan