8 CARA MACAMMANA NAK KENAL TANDA – TANDA DEKAT NAK BERSALIN DAN APA IBU – IBU KENA BUAT ?

 

Bila sudah masuk trimester ketiga, Ibu mesti dah ready nak menyambut kehadiran orang baru kan . Terlebih lagi ketika waktu bersalin atau due date sudah semakin dekat, perasaan berdebar pun akan semakin memuncak. Ibu perlu tahu tanda-tanda bersalin sudah dekat . Dari tanda-tanda ini, Ibu jadi lebih bersedia untuk hadapi . Berikut adalah tanda-tanda bersalin sudah dekat.

 

1. RASA KANDUNGAN ANDA JATUH ATAU MENURUN

Bayi akan mula mempersiapkan diri untuk bersalin dengan menukar posisi kepalanya ke kawasan pelvis. Anda akan rasa lebih ringan dan kurangnya tekanan di bahagian dada dan abdomen. Anda juga lebih mudah untuk bernafas dan makan sehingga kenyang. Walaubagaimanapun, ia bukan tanda anda sudah terlalu dekat untuk bersalin. Ia akan mengambil masa beberapa minggu. Bagi ibu yang pertama kali mengandung, anda akan merasa keadaan ini lebih awal dari ibu yang sudah beberapa kali bersalin.

 

2. PERUBAHAN SERVIKS SEMASA BERSALIN

Serviks ialah proses pembukaan kawasan uterus anda yang mana bayi akan keluar melaluinya nanti. Sepanjang tempoh kehamilan kawasan ini sentiasa tertutup dengan lapisan yang tebal yang dinamakan mukus plug, ibarat seperti gabus yang menutup kepala botol bagi melindungi bayi. Serviks akan mula menipis, meregang dan terbuka apabila proses kelahiran bermula. Proses ini dikenali sebagai efasemen dan dilation.Proses bersalin tidak bermula selagi bukaan rahim (serviks) anda tidak mencecah 10cm.

3. KONTRAKSI SEMAKIN KERAP

Antara tanda bersalin yang utama ialah kontraksi. Semakin hampir anda bersalin, semakin lama dan kuat kontraksi akan berlaku. Bagi ibu pertama kali, sangat sukar untuk membezakan antara kontraksi sebenar atau kontraksi palsu (Braxton Hicks). Dibawah saya kongsikan perbezaannya.

Kontraksi Sebenar Tanda Nak Bersalin Kontraksi Braxton Hicks (Kontraksi Palsu)
Bermula dari minggu ke 37 kehamilan. Sekiranya lebih awal, anda dijangka bersalin pramatang. Bermula dari trimester kedua dan semakin kerap pada trimester ketiga.
Semakin hampir nak bersalin, semakin kuat Sakitnya tak konsisten
Ia lebih konsisten dan ada corak kekerapannya Tak konsisten
Ia tak berhenti walaupun anda melakukan aktiviti bagi mengurangkan kontraksi Berhenti apabila anda membuat sebarang pergerakan atau aktiviti
Air ketuban anda bolehpecah Air ketuban anda tak pecah
Perubahan pada servikal Tiada perubahan pada servikal
Kontraksinya bermula dari bahagian bawah dan merebak ke kawasan groin. Seperti perut mengeras
Pendarahan mula berlaku Pendarahan tidak berlaku

 

4. SAKIT BELAKANG

Sakit belakang adalah normal sepanjang anda hamil, tetapi apabila ia semakin teruk, itu tandanya anda sudah hampir nak bersalin.Dalam keadaan biasa, bayi akan mengadap tulang belakang ibu semasa proses bayi ‘menurun’, tetapi ada sesetengah kes, bayi akan terlanggar tulang belakang ibu menyebabkan sakit belakang yang teramat sangat.

5. PENDARAHAN BEKU

Apabila berlakunya perubahan pada serviks anda, ia akan mengeluarkan mukus plug. Ini akan membuatkan ketulan darah yang berwarna coklat, pink atau merah darah mula keluar. Ini juga menunjukkan yang anda akan bersalin tak lama lagi. Perlu diingat, ada juga wanita yang tidak mengalami simptom ini.

Sekiranya anda mendapati berlakunya pendarahan pada minggu ke 32-34, sila berjumpa doktor dengan segera kerana dikhuatiri anda akan bersalin prematang.

6. SENDI SENDI RASA LONGGAR

Semasa mengandung, hormon penenang akan membuatkan sendi anda longgar. Ini juga punca kenapa anda agak clumsy bermula pada minggu ke 29 kehamilan. Walapun begitu, ini adalah cara semulajadi badan anda bertindak balas bagi membuka pelvis untuk laluan bayi nanti.

7. BERLAKU KENAIKAN ATAU PENURUNAN BERAT BADAN

Apabila semakin hampir dengan bersalin, tidak lagi berlaku kenaikan berat badan, malah ada yang semakin turut beratnya. Ini adalah normal dan tidak memberi kesan pada bayi. Bayi anda akan berterusan bertambah beratnya manakala anda akan berkurang disebabkan air ketuban yang sudah semakin kurang dan anda lebih kerap membuang air besar.

8. AIR KETUBAN PECAH

Air ketuban yang pecah adalah tanda yang paling kuat menunjukkan anda akan bersalin. Ianya berlaku apabila terdapat lelehan air berterusan keluar dari vagina anda.Sebaik sahaja ini berlaku, sila jumpa doktor dengan segera dan sentiasa perhatikan warna cecair tersebut. Sekiranya berwarna hijau, itu tandanya bayi anda sudah mengosongkan ususnya. Hanya 10% wanita yang mengalami air ketuban pecah sebelum bersalin. Biasanya air ketuban pecah apabila anda sudah pun berada di atas katil hospital. Kadang kadang, sekiranya air ketuban tidak pecah, bayi anda akan keluar bersama-sama dengan kantung aminotik .

Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan bagi mempercepatkan proses bukaan rahim sekaligus mempercepatkan anda untuk bersalin. Antara perkara mudah yang boleh anda lakukan ialah berjalan kaki dan membuat hubungan seks dengan suami anda.Walau bagaimana pun, tiada kajian konkrit untuk membuktikan kaedah ini berkesan. Saranan kami, bincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang aktiviti dengan tujuan untuk mempercepatkan proses kelahiran.

Sumber : https://thezuriat.com

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping