BARANG YANG WAJIB DISEDIAKAN SEBELUM KE HOSPITAL UNTUK BERSALIN

Bila dah dekat nak due bersalin ni makin bedebar-debar dibuatnya.  Bakal-bakal ibu yang dah masuk 8 bulan boleh start prepare dah barang-barang keperluan yang perlu ada time bersalin nanti. Bukan ape, nanti kelam-kabut sebab mommy boleh bersalin bila-bila masa je. Better prepare awal tau.

 

Mommy boleh mintak tolong cik husben packing dan asingkan siap-siap untuk dua beg untuk barang time sebelum bersalin dan satu lagi beg untuk barang lepas bersalin. Boleh je kalau nak letak satu beg terus, tapi kalau asing siap-siap nanti senang laa nak cari barang nanti.

 

Alang-alang akak ada masa terluang akak nak share barang-barang yang wajib dibawa yang disarankan oleh ibu-ibu hamil yang berpengalaman tau:

Barang Kelengkapan Ibu:

1) Buku Antenatal

Kandungan buku pink sangat sistematik dan dilengkapi dengan pelbagai maklumat berkenaan kehamilan serta amat mudah urusan dibilik bersalin untuk tahu status yang dialami bakal ibu dengan cepat. Jangan lupa bawak tau, simpan siap-siap dalam beg.

2) Telekung / Kain Sembahyang

Mommies yang ada kontraksi dan sudah keluar tanda bersalin masih wajib berusaha untuk  menyempurnakan ibadat solat tetapi ia mengikut daya dan keupayaan masing-masing ye. In shaa Allah semoga urusan bersalin dipermudahkan segalanya nanti.

3) Maternity Pad

Pastikan mommies beli jenis yang tebal untuk aliran darah yang banyak selepas beberapa hari bersalin sebab aliran darah waktu tu banyak keluar.

4) Bekal Makanan

Minuman segera seperti Milo 3 in 1, nestum, holick etc. Nanti bile mommy rasa lapar, sekurang-kurangnya minuman ini boleh mengalas perut sewaktu dihospital.

5) Baju Lengan Panjang

Bawa sekurang-kurangnya 5 helai baju lengan panjang. Anggaran 5 helai untuk kegunaan dari proses sebelum bersalin sehingga keluar dari wad. Mengapa baju lengan panjang? Supaya aurat mommy terpelihara dan mengelakkan kesejukan.

6) Baju Sejuk

Bersedia dengan baju sejuk. Pakai jika mommies rasa terlalu sejuk terutamanya bersalin bagi mengelakkan bentan ( sakit badan, sakit urat, sakit pinggang dan sakit dikawasan peranakan boleh menyebabkan tumpah darah)

7) Kain Batik

 

Penggunaan kain batik sebagai pengganti seluar amat penting untuk keselesaan ibu. Ini penting juga kepada ibu yang bersalin secara pembedahan supaya bekas jahitan tidak terganggu dengan material kain.

8) Stokin

Untuk pastikan kaki sentiasa panas dan tak masuk angin, pemakaian stokin amat penting ketika berpantang. Bukan tu je, bila dah pakai stokin ni dapat mengurangkan kesakitan kaki ketika berjalan dan elak dari sejuk.

9) Tuala dan Toiletteries

Kebiasaanya tuala tidak disediakan dihospital dan untuk memudahkan mommy bawa je terus dari rumah dan pastikan bersih ye. Letakkan sekali dengan ubat gigi, berus gigi dan sabun mandi.

10) Tudung Sarung

Jangan lupa bawa tudung sarung sebab lagi mudah untuk mommy pakai tak perlu amik masa pulak nak lilit shawl. Yang penting aurat wajib dijaga tau semasa berada di hospital.

11) Jus Mamariam

Haa..Yang ni pon wajib bawak sama yee, supaya kekal bertenaga time nak bersalin nanti. Takde la lesu je kan, betul tak? Hehe..

Barang Kelengkapan Bayi:

1) Baju Baby

Lebih senang bawa jenis baju baby sleepsuit berlengan panjang sama ada yang berzip atau berbutang. Senang kalau mommies nak tukarkan pampers sekali bukak dan senang nak tutup balik.

2) Pampers Newborn

Sediakan sekurang-kurangnya 3 helai lampin pakai buang bersaiz newborn. Kebanyakkan hospital akan menyediakan lampin, tetapi bawalah sendiri bagi memudahkan urusan mommies sepanjang berada dihospital.

3) Wet Tissue

Perkara wajib yang perlu ada. Bayi kerap membuang air besar dan kecil jadi bayi mestilah dibersihkan setiap kali menukar lampin. Gunalah wet tissue bagi memudahkan keja-kerja pembersihan dan penukaran lampin.

Semoga tips di atas bermanfaat untuk mommy dan supaya boleh dijadikan rujukan dan dipraktikkan. Take note ye mommy sayang ?

PS: Haa.. nak lagi senang KLIK LINK DI SINI untuk download list barang yang perlu sedia sebelum ke hospital.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping