BOLEHKAH IBU HAMIL BERENANG? JOM AMBIL TAHU

Ibu hamil ada hobi berenang tetapi masih tertanya-tanya bolehkah berenang sewaktu hamil? Jangan risau, berenang sewaktu hamil diperbolehkan dan tidak menimbulkan bahaya bagi ibu hamil mahupun janin, asalkan sesuai dengan keadaan.

Kehamilan boleh menyebabkan banyak halangan fizikal bagi wanita. Tetapi, berenang semasa hamil boleh menjadi langkah terbaik tanpa meletakkan tekanan yang tidak diperlukan pada badan.

Berenang selamat dilakukan semasa ketiga-tiga trimester. Senaman adalah sesuatu yang bagus dilakukan ketika hamil. Bagaimanapun, sebelum melakukan aktiviti berenang semasa hamil, sebaiknya berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Trimester I : Pada peringkat ini, berenang dapat membantu meningkatkan tahap tenaga anda. Sebahagian wanita akan berasa lega daripada ‘morning sickness’ selepas berenang awal pagi.

Trimester II : Berenang boleh merehatkan dan cukup menyeronokkan. Apabila perut semakin membesar ia menyebabkan kesukaran untuk melakukan aktiviti yang diinginkan. Berada di dalam air mewujudkan daya apungan yang membolehkan anda berasa lebih ringan.

Trimester III : Tubuh ibu hamil menjadi tidak selesa. Sesetengahnya menunjukkan kaki bengkak, sakit belakang dan banyak lagi semasa peringkat kehamilan ini. Keselesaan semasa trimester terakhir ini adalah penting.

Berenang boleh memberikan kelegaan terhadap kesakitan dan ketegangan otot. Tetapi anda perlu berhati-hati ketika masuk dan keluar daripada kolam kerana permukaan mungkin tidak sekata atau licin.

Berikut antara manfaat berenang sewaktu hamil:

  1. Menjaga Keseimbangan Berat Badan

Manfaat berenang untuk ibu hamil yang pertama adalah menjaga berat badan bagi ibu hamil. Ini dikarenakan berat badan meningkat di saat hamil merupakan hal yang normal terjadi. Namun, perlu dikawal kerana akan meningkatkan risiko terjadinya komplikasi selama kehamilan.

  1. Menguatkan Otot dan Sendi

Selain itu, berenang boleh memperkuat otot dan sendi di tubuh agar menjadi lebih kuat. Berenang saat hamil dapat membuat ibu hamil tidak mudah lelah, mengatasi lenguh-lenguh badan-, hingga mengurangi bengkak-bengkak di kaki dan tangan.

  1. Melancarkan Proses Peredaran Darah

Apabila berenang dilakukan secara rutin dapat memberikan kelancaran dalam sirkulasi darah sekaligus memperkuat jantung. Jadi keperluan nutrisi dan oksigen ibu hamil dan janin dalam kandungan akan selalu mencukupi.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping