Ramai lagi wanita masih keliru dengan persoalan mandi wajib kerana nifas, wiladah (beranak), haid dan janabah (berjunub). Namun begitu, kaum Adam juga perlu ambil tahu tentang persoalan ini kerana mereka merupakan pemimpin yang akan mengemudi kaum Hawa. Lebih-lebih lagi kalau wanita itu kurang maklumat atau pengetahuannya mengenai hal-hal mandi wajib ini.
Antara persoalan yang biasa ditanya adalah, apa perbezaan di antara mandi Wiladah dan Nifas. Adakah wanita perlu mandi kedua-duanya sekali, dan bilakah waktu yang sepatutnya perlu mengangkat hadas tersebut, serta apakah hukum sekiranya individu tidak berbuat demikian.
Wiladah: Mandi wajib yang dilakukan selepas si ibu selamat melahirkan anak.
Nifas: Mandi wajib yang dilakukan selepas keringnya darah nifas iaitu selepas tamat tempoh berpantang iaitu selepas melahirkan anak.
Mandi kerana Wiladah (selepas bersalin)
Menurut syarak, wiladah (bersalin) itu sendiri adalah salah satu sebab yang menyebabkan mandi. Ini juga termasuk dengan beberapa situasi iaitu:
Mandi kerana Nifas (selepas tempoh bepantang lepas melahirkan anak)
Darah nifas pula ialah darah yang keluar dari rahim wanita selepas melahirkan anak walaupun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seorang perempuan melahirkan anak.Oleh yang demikian, darah yang di bawah ini tidak dianggap sebagai darah nifas, iaitu:
Dan jika ibu yang baru lepas melahirkan anak dan telah datang darah nifas, adakah dia perlu mandi dua kali iaitu mandi wiladah dan nifas. Jawapannya adalah tidak perlu, memadai dengan mandi sekali sahaja. Ini adalah berdasarkan dalam kitab al- Mu’tamad(1/137) yang diucapkan oleh Syeikh Muhammad Al-Zuhaili:
“Jikalau terhimpun ke atas seorang wanita kewajipan mandi hadas haid dan janabah (seperti jimak dan keluar mani), memadailah baginya dengan niat (mandi mengangkat hadas) salah satu daripada keduanya.
Begitu juga seorang yang berjunub kemudian mati, dan orang yang berjunub kemudian haid, maka memadai bagi dua keadaan itu terangkat hadas dengan satu kali mandi.
Begitu juga jika seseorang itu berjunub, kemudian berhaid, kemudia dia mati, cukup bagi wanita itu satu kali mandi untuk kesemua keadaan (hadas besar) itu.”
Jawapannya ialah selepas ibu selamat bersalin dan juga apabila berhentinya keluar darah dalam keadaan naqa’. Keadaan naqa’ ini bermaksud sesorang itu betul-betul suci dan tiada kesan darah atau kekuningan apabila kapas di masukkan ke dalam faraj wanita.
1.Menggabungkan dua niat dalam satu mandian.
Contohnya: “Sahaja aku mengangkat hadas wiladah dan nifas.” Kemudian dia mandi.
2.Mandi dengan satu niat sahaja.
Contohnya: “Sahaja aku mengangkat hadas besar.” Kemudian dia mandi.
•Niat mandi hadas.
•Membaca bismillah.
•Membasuh tangan.
•Membasuh kemaluan.
•Menyiram kepala 3 kali dimulai dengan bahagian kanan.
•Menyiram air ke seluruh badan dan air kena pada setiap bahagian badan.
•Membasuh kaki.
•Mengambil wuduk.