JANGAN PAKSA DIRI JIKA ADA 6 TANDA DI BAWAH!!

Setiap kali ramadhan menjelang, mesti kebanyakan ibu hamil mahu berpuasa kan tapi rasa bimbang dengan keadaan diri dan jugak bayi dalam kandungan. Haa jadi dalam Islam, diharuskan berbuka apabila berada dalam dua keadaan iaitu bila berpuasa membahayakan kesihatan diri atau membahayakan bayi dalam kandungan.

 

Jadi hari ni akak nak share sedikit info untuk ibu hamil alang-alang dah masuk bulan ramadhan ni kan. Btw, akak dah senaraikan siap-siap kat bawah ni 6 tanda ibu hamil dibolehkan berbuka dan tidak meneruskan puasa ketika hamil. Ibu hamil take noted ya!

 

1. Alahan yang teruk

 

– Biasanya alahan yang teruk dialami oleh ibu hamil di awal fasa kehamilan. Bila keadaan ni berlarutan, badan pon jadi lemah, lesu dan tidak bertenaga dan mungkin baby dalam perut pon terkesan. Maka disarankan untuk berbuka ya.

 

2. Diabetes

– Bagi ibu yang ada diabetes, disarankan utk dapatkan nasihat doktor tau. Kalau diabetes yg ringan dan boleh dikawal melalui pemakanan,  inshaallah tak ada masalah utk berpuasa. Tapi bagi ibu hamil yg perlu suntikan insulin, disarankan jgn puasa.

 

 

3. Demam, rasa sejuk, lemas, menggigil, dan berpeluh

 

Jangan paksa diri ya utk berpuasa, sekiranya si ibu demam dan yang paling perlu di awasi adalah  kandungan gula rendah dalam darah. Bila rasa lemas, menggigil dan berpeluh dingin tu cepat2 berbuka tau, jgn bahayakan kandungan ya.

 

4. Perlu mengambil ubat

 

Kebiasaanya ibu hamil perlu mengambil ubat. Jadi untuk elakkan kemudaratan pada janin, adalah lebih baik untuk tidak berpuasa. Tapi sekiranya kesihatan si ibu pada tahap yang baik dan ingin cuba berpuasa, dapatkan nasihat doktor untuk pengambilan dos ubat sepanjang waktu berpuasa ni ya.

 

5. Bayi kurang aktif

– Perubahan ketara pada pergerakan bayi seperti bayi kurang bergerak atau menendang, cepat-cepat berbuka ya. Dan terus ke hospital tau untuk pemeriksaan lebih lanjut.

 

6. Due date makin hampir

– Ibu hamil yang dah dekat dengan ‘due date’, dinasihatkan untuk tak berpuasa tau. Ini kerana, waktu bersalin nanti pastinya memerlukan banyak tenaga di bilik bersalin. Jadi gunakan masa yang ada untuk persiapkan diri dari segi mental dan fizikal.

 

Haaa dapat tak? Kalau ada salah satu tanda di atas, ibu hamil diharuskan untuk berbuka tau untuk mengelakkan sebarang mudarat kepada diri dan baby dalam kandungan. Tapi kalau ibu hamil rasa kuat dan tak ada masalah boleh teruskan berpuasa ya.

 

Walaubagaimanapun, berpuasa atau tidak, yang penting sekali, ibu hamil perlu jaga kesihatan demi kebaikan diri dan baby dalam kandungan. Semoga info ni bermanfaat buat ibu hamil kat luar sana ya. Salam Ramadhan ya semua…

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping