Pernah tak ibu hamil alami air liur basi berlebihan waktu tengah hamil ni? Mesti pernah kan. Tapi apa puncanya?
Sebenarnya waktu hamil, badan ibu hamil akan mengalami banyak perubahan baru dan salah satunya adalah air liur basi yang banyak atau dikenali juga sebagai “HIPERSALIVASI”.
Kebiasaanya, kelenjar air liur menghasilkan dalam 1.5 liter air liur setiap hari namun ramai yang tidak sedari kerana ia terus ditelan.
Namun ketika hamil hormon kehamilan mempengaruhi penghasilan air liur lantas menghasilkan lebih banyak air liur basi dan meleleh ketika ibu hamil tidur. Hal ini sebenarnya tidak berbahaya, namun mungkin sedikit sebanyak mengganggu keselesaan ibu hamil.
Jom ketahui 5 punca air liur basi ketika hamil:
Kebanyakkan ibu hamil akan mengalami perubahan hormon yang sangat ketara. Ia terjadi kerana pembentukan dan pertumbuhan janin dalam kandungan. Perubahan hormon inilah yang akan menyebabkan ibu hamil berasa mual, sakit kepala dan tidak selesa.
Ni salah satu punca membuat air liur yang dihasilkan oleh kelenjar di dalam mulut menjadi lebih banyak. Masalah ini juga menjadi salah satu dari penyebab mual saat hamil.
Peningkatan asid yang sangat tinggi dalam mulut juga menyebabkan air liur menjadi lebih banyak. Ia terjadi kerana ibu hamil memiliki asid yang tinggi di dalam perut.
Ini menyebabkan asid naik sampai ke kerongkongan dan membuat air liur menjadi lebih banyak.
Masalah kesihatan gigi dan mulut memang sangat penting untuk ibu hamil. Disebabkan itu pada lawatan pemeriksaan kehamilan ada terselit pemeriksaan gigi.
Ibu yang memiliki masalah gigi seperti gigi berlubang atau jangkitan pada gusi boleh menyebabkan penghasilan air liur menjadi sangat banyak. Ia akan menyebabkan ibu hamil merasa ingin menelan air liur sekaligus membuatkan penghasilan air liur yang lebih banyak.
Penghasilan air liur yang berlebihan memang sesuatu yang normal. Ia tetap akan berlaku walau pun ibu hamil tidak mengalami sebarang masalah seperti di atas.
Air liur sangat penting untuk memastikan bahagian mulut tidak kering dan mengelakkan mulut dari berbau. Keadaan ini juga penting untuk mencegah jangkitan pada bagian mulut akibat virus atau bakteria.
Air liur yang berlebihan juga boleh menjadi petanda bahawa ibu hamil mengalami penyakit tertentu. Kesan daripada asap rokok (second hand smoker), keracunan makanan, sakit tekak dan sebagainya.
***Sekiranya ibu hamil ada mengalami kesakitan ini secara berlarutan, segeralah berjumpa dengan doktor.