CIRI CIRI PRODUK ORIGINAL DARI MAMARIAM

CIRI-CIRI PRODUK ORIGINAL DAN SAH DARI HQ MAMARIAM

Adakah anda ragu-ragu dengan keaslian produk mamariam yang anda beli? Jika ‘YA’, jom sama-sama kita tonton video khas special untuk tuan/puan mengenai CIRI-CIRI PRODUK ORIGINAL DARI MAMARIAM 😍

 

Untuk kefahaman yang lebih jelas, mari saya tolong terangkan kepada anda ciri-ciri yang patut ada di produk mamariam anda.

1) Berkotak

  • Pastikan semua produk mamariam yang anda telah beli MESTILAH berkotak.
  • Semua produk yang keluar dr HQ adalah lengkap berkotak ye tuan/puan sekalian
  • Kami ada 2 jenis kotak

  i) Satu untuk pakej 1 botol dan 2 botol

setiap satu botol akan beserta satu kotak. Jadi 1 botol 1 kotak, 2 botol 2 kotak ye tuan/puan

ii) Manakala satu lagi untuk pakej combo

Untuk pakej ni, special sikit ye. 1 combo, anda akan dapat 1 kotak besar yang cantik dan di dalamnya akan ada 4 botol. Tapi                      ingat ye tuan/puan, pakej ni bukan 1 botol 1 kotak ye, tapi 4 botol satu kotak yang besar

PERLU ADA KOTAK MAMARIAM

 

2) QR CODE

  • Bagi anda yang tidak mengenali QR CODE tu apa, tuan/puan ingat je yg MYSEJAHTERA tu. Haa, sama je kena scan ye.
  • Tapi QR CODE ni special. Anda kena gores dulu baru dapat NOMBOR ID produk anda. Hebat kan?
  • NOMBOR ID tu la yang akan menentukan produk anda ori atau tak.
  • Jadi anda kena pastikan dulu produk yang anda beli tu ada QR CODE ye.
  • Berdasarkan gambar, anda perlu pastikan QR CODE berada di kedudukan tersebut
    • Untuk 1 botol & 2 botol, QR CODE berada di atas
    • Untuk set combo, berada di tengah
  • Peringatan mesra: semua produk didatangi dengan plastik yang membalut produk, dan QR CODE berada di atas plastik ye. Jadi pastikan anda cek kedudukan QR CODE sebelum membuang plastik tersebut

GORES QR CODE MAMARIAM

 

3) Tiada di jual di ECOMMERCE seperti SHOPEE dan LAZADA

  • Kebelakangan ni ramai sangat saya tengok yang beli di shopee dan lazada. Bukan apa tuan/puan, saya nak bagitahu ni yang semua produk hq dipos direct dari pejabat hq sahaja
  • Saya tak mahu la tuan/puan mengalami rasa kesakitan atau rasa kurang selesa selepas minum produk yang bukan dari hq. Sebab hq sayang tuan/puan. Hq hanya nak berikan yang terbaik untuk tuan/puan dari segi kualiti, khasiat dan layanan
  • Hq tak marah, Cuma hq nak tegur je. Sebab ada yang beli di platform lain, tapi lepas dapat, marah-marah dekat hq, tapi bukan beli di hq pun, kesian hq kena marah 😭.
  • Ni ye saya beri nasihat secara bergambar. Lagi tuan/puan akan ingat

TIADA DI SHOPEE DAN LAZADA MAMARIAM

 

4) Harga produk semua sama dengan HQ

  • Haaa, tuan/puan kena ingat. Produk murah tak semestinya produk yang bagus
  • Nak lebih yakin boleh je terus usha di website kami iaitu di MAMARIAM.COM dan bandingkan harga yang anda peroleh dari penjual

HARGA PRODUK MAMARIAM

 

5) Penjual dan agen yang sah

  • Dan yang terakhir, untuk menjadi pembeli yang bijak dan hebat, belilah produk kami dengan staf kami dan agen yang sah sahaja ye
  • Jika tak pasti, boleh berhubung dengan pihak HQ ye. Nanti pihak HQ yang comel2 dan hensem2 akan menjawab ketidakpastian anda 😊

BELI PRODUK MAMARIAM

 

Jadi, marilah kita sama-sama jadi pembeli yang bijak ye. Periksa dahulu baru beli. Atau tuan/puan klik je DI SINI untuk membuat pembelian 😉

Jom jadikan kehamilan adalah saat yang paling indah dalam hidup dan izinkan JUS MAMARIAM bersama-sama anda di saat duka dan suka anda ❤❤

Jika rasa perkongsian ini bermanfaat, boleh kongsikan kepada rakan, kenalan ye ♥♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *