SUSU IBU SEPATUTNYA PUTIH, TAPI KENAPA JADI WARNA LAIN PULA? JANGAN RISAU IBU, INI PENJELASANNYA.

Buat ibu yang tengah melalui proses menyusukan anak dengan susu badan, pastinya akan memperhatikan warna susu. Kadang-kadang warna susu badan akan menjadi putih dan kadang-kadang akan menjadi kekuningan.
Namun, ada juga situasi dimana susu badan anda akan bertukar menjadi warnayang anda sendiri akan gerun.

Jom kita lihat apa maksud warna warna lain ni

1) WARNA BIRU/CLEAR

Ini adalah foremilk. Foremilk adalah susu yang dikeluarkan waktu awal pump/menyusu dan ia lebih cair serta rendah lemak berbanding dengan hindmilk.

Foremilk adalah untuk melegakan dahaga baby.

2) KUNING

Jangan risau ini mungkin adalah colustrum. Susu pertama yang dihasilkan oleh badan dan sangat berkhasiat kerana ia mengandungi banyak antibodi untuk baby waktu selepas bersalin.

Atau mommy telah mengambil makanan yang tinggi beta carotene seperti lobak merah, labu.

Ada juga susu ibu yang tukar kepada warna kuning setelah dibekukan.

3) HIJAU

Ada kemungkinan mommy makan terlalu banyak sayur yang mengandungi warna hijauseperti bayam, seaweed, kailan dan juga makanan/minuman yang mengandungi warna hijau (food colouring).

4) MERAH/PINK

Mungkin mommy makan minum sesuatu yang mengandungi warna merah seperti ubi ubian, atau mengandungi pewarna merah. Selain itu ia juga boleh disebabkan oleh luka di puting ibu yang menyebabkan darah masuk dalam susu waktu sesi pump/menyusu.

5) HITAM / COKLAT

Hasil dari darah yang lama dalam saluran susu keluar ataupun ubat ubat tertentu Warna hitam jika ia berkaitan dengan medication, tanya balik Dr jika medication tersebut selamat ke untuk breastfeeding mothers. Ada sikit sahaja ubat apabila ambil tidak sesuai mommies untuk menyusu (contoh ubat chemotherapy) namun akan sarankan untuk tetap pump supaya tak drop supply dan demand.

Ada ke mommies pernah mengalami warna susu ini? Adakah susu berlainan warna ini selamat untuk diambil untuk bayi? Ye warna warna ini selamat untuk baby ambil. Sekiranya mommy risau akan perubahan warna ini, mommy masih disarankan untuk terus pam susu mengikut masanya supaya bekalan susu tidak berkurangan ya! Semoga bermanfaat.

Sumber : Dietitian Fizah Sobri

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping