Terma MSS Partner

Terma dan Peraturan Ma Mariam Smart System Partner (MSS Partner)

Terma berikut digunakan untuk mentadbir Ma Mariam Smart System Partner (disebut sebagai MSS Partner, Partner, Anda). Ini akan menjelaskan kod tatacara penggunaan MSS Partner, penalti dan bagaimana Mamariam Sdn Bhd (disebut sebagai Mamariam, Kami, Ma Mariam) untuk membayar komisen.

Dua peraturan penting

Kedua-dua peraturan di bawah ini mesti sentiasa diambil kira. Mengikut perkara ini, apabila kami bercakap mengenai membayar atau meluluskan pembayaran,kami menganggap bahawa status anda dalam program MSSPartner berstatus rekod baik dan rangkaian bawah jagaan anda (disebut sebagai Tim, Network) partner aktif – kecuali dinyatakan sebaliknya.

 

Rekod Baik

Ini adalah peraturan utama: komisen hanya akan dibayar kepada partner yang tidak melanggar terma, polisi dan peraturan yang ditetapkan Mamariam. Ini merupakan hak mutlak Mamariam untuk menentukan rekod partner.

Network Aktif

Komisen hanya diluluskan untuk network yang aktif. Network dianggap aktif jika;

  1. Pelanggan tidak bermasalah dan membuat pembelian sekurang-kurangnya satu produk (pelanggan).
  2. Partner membuat belian sekurang-kurangnya satu produk setiap bulan (partner).

Jika satu ahli dalam network anda tidak menjana pendapatan selama sebulan, ahli tersebut dianggap tidak aktif. Komisen dari ahli lain dalam network yang aktif, partner masih dibayar komisen dengan syarat anda sebagai Parent Partner (Upline) yang aktif.

 

Kod Kelakuan

Ma Mariam ingin membawa perkhidmatan kami ke tahap profesionalisme yang tertinggi. Ini termasuk program MSSPartner dan Tim anda juga. Tingkah laku berikut adalah dilarang dan akan dikenakan tindakan penggantungan atau pembatalan akaun serta-merta.

  1. Penggunaan bahan yang tidak diluluskan: Anda hanya boleh menggunakan bahan, material, produk yang diluluskan oleh Ma Mariam untuk tujuan promosi. Setiap idea kreatif hendaklah dirujuk dengan Ma Mariam bagi memastikan bahan tersebut bersesuaian dengan Ma Mariam.
  2. Informasi Tidak Benar @ Mengelirukan: Anda tidak boleh salah memberi maklumat tentang Ma Mariam. Ini termasuk dalam mengelirukan pelanggan, memberi diskaun yang tidak wujud, atau maklumat berlainan dari yang dimaklumkan pihak Ma Mariam.
  3. Pelanggaran peraturan pengiklanan: kami mempunyai peraturan ketat tentang apa yang kami anggap pengiklanan yang tepat dan baik.Sila rujuk bahagian Pengiklanan Tidak Sesuai di bawah.

 

Pengiklanan Tidak Sesuai

Cara pengiklanan yang MaMariam mendapati tidak wajar termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  1. Menggunakan apa-apa kaedah iklan yang menyalahi undang-undang atau spam seperti e-mel yang tidak diminta, meletakkan pautan tidak dibenarkan di forum, komen, kumpulan berita, papan mesej, laman media sosial dan sebagainya. Ma Mariam tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk spam atau e-mel yang tidak diminta.
  2. Memberikan ganjaran (cashback) atau apa-apa insentif lain untuk mendapatkan jualan tanpa kelulusan Ma Mariam terlebih dahulu.
  3. Menggunakan bahan pengiklanan MaMariam, tanda dagangan atau nama dengan cara yang mencemarkan imej MaMariam. Ini termasuk mewujudkan sebarang jenis kehadiran sosial dalam talian, seperti halaman Facebook atau profil Twitter menyamar MaMariam.

 

Kuki Penjejakan (Tracking Cookies)

Pautan yang berpotensi dikesan melalui kuki yang ditetapkan untuk tamat tempoh 45 hari.

Jika kuki ditetapkan kepada partner, ia akan ditetapkan kepada partner tersebut sehingga tempoh 45 hari.

Jualan hanya boleh direkodkan kepada partner berdasarkan kuki kami. Sekiranya pengguna memadam kuki mereka, mendaftar dari browser lain, atau mengelakkan sistem penjejakan kami dengan cara lain, kami tidak boleh kesan jualan sebagai tersebut milik partner.

Penggunaan Kupon ID, (kod kupon yang dijana khas untuk setiap Partner) digalakkan kerana dengan apa cara yang dibuat oleh pengguna untuk menghapus jejak kuki, jualan akan tetap direkodkan milik partner, melainkan pengguna tidak menggunakan apa-apa kupon ID.

 

Komisen yang diluluskan dan dibayar

Komisen yang diluluskan (Approved) adalah komisen yang dibayar kepada partner tetapi belum dipindahkan (Unpaid Status). Komisen berbayar adalah komisen yang telah diluluskan dan kemudian dibayar (Paid Status).

Komisen yang diluluskan bagi bulan berkenaan akan dibayar. Sekiranya komisen diluluskan dan selepas itu partner tidak aktif, komisen masih perlu dibayar, tetapi akaun partner dibatalkan. Perlukan pendaftaran baharu untuk bermula kembali.

Bulan 1: Aktif = komisen dibayar
Bulan 2: Tidak Aktif = komisen dibayar, akaun terbatal (network dikendalikan oleh MaMariam)
Bulan 3: Pendaftaran baharu dengan sponsor baharu. Perlu bermula dengan membina network baharu

Perkara yang akan menghalang komisen yang diluluskan daripada dibayar ialah:

1. Penipuan/Fraud/Refund yang dilakukan oleh pelanggan

Sekiranya berlaku hal di atas, komisen yang telah dibayar akan ditarik dari komisen bulan berikutnya, sesuai dengan nilaian komisen dari pelanggan tersebut sahaja.

 

Bina Network, Roketkan Pendapatan Anda

Apa yang perlu anda lakukan adalah sebagai MSSPartner, kemudian kongsi, ajak kawan-kawan sertai anda sebagai MaMariam Partner dibawah Network anda. Sebaik sahaja mereka membuat jualan, anda mendapat komisen persendirian dan komisen terkumpul dari jumlah jualan network anda.

Senang bukan?, apa lagi yang lebih mudah dari sistem ini, dalam menjana pendapatan pasif dengan MSSPartner oleh MaMariam. 🙂

 

 

Komisen MSSPartner

Mamariam memperkenalkan sistem komisen Level 3.

  • Anda = 25%
  • Network = 5%
  • Sub-Network = 1%

Contoh Kiraan:

Anda menjual produk MaMariam kepada Pengguna ‘A’, anda mendapat komisen 25%.

Pengguna ‘A’ berminat dan daftar network anda untuk menjual produk Mamariam. Pengguna ‘A’ menjadi Partner ‘A’.

Partner ‘A’ jual produk MaMariam kepada Pengguna ‘B’, maka ‘A’ mendapat komisen 25%.
Anda sebagai Team Leader Partner ‘A’ mendapat komisen kumpulan 5%.

Pengguna ‘B’ berminat dan daftar network dibawah ‘A’ untuk menjual produk Mamariam. Pengguna ‘B’ menjadi Partner ‘B’.

Partner ‘B’ jual produk Mamariam kepada Pengguna ‘C’ dan ‘B’ mendapat komisen 25%.
Partner ‘A’ sebagai Team Leader Partner ‘B’ mendapat komisen kumpulan 5%.
Anda sebagai Super Leader Partner ‘B’ mendapat komisen kumpulan 1%.

Pengguna ‘C’ berminat dan daftar network dibawah ‘B’ untuk menjual produk Mamariam. Pengguna ‘C’ menjadi Partner ‘C’.

Partner ‘C’ jual produk Mamariam kepada Pengguna ‘D’ dan ‘C’ mendapat komisen 25%.
Partner ‘B’ sebagai Team Leader Partner ‘C’ mendapat komisen kumpulan 5%.
Partner ‘A’ sebagai Super Leader Partner ‘C’ mendapat komisen kumpulan 1%.
Anda disini telah terputus komisen disebabkan sistem komisen 3 Level.

Aliran Pendaftaran MSSPartner;

  1. [UTAMA] Pemohon mendaftar di laman mamariam.com.
  2. [Yuran Komitmen] Buat pembelian produk Jus MaMariam bernilai RM85 (RM80 Jika menggunakan Kupon).
  3. Terima Terma & Syarat: Agen Website Acceptance Form
  4. Sistem Sahkan pembayaran diterima dan borang pendaftaran dilengkapkan, HQ MaMariam akan kemaskini Customer ID anda kepada Partner ID*.
  5. Mula menjual menggunakan bahan pemasaran, kupon yang disediakan HQ di ruangan Partner Access (Setelah Akaun Diaktifkan)

*Customer ID dan Partner ID merupakan ID berbeza, Customer ID di ruangan Akaun, Partner ID di ruangan Partner Access*

 

Permohonan MSS PARTNER