TIPS BAGI MENINGKATKAN PELUANG KEHAMILAN UNTUK PASANGAN PJJ

Perhubungan Jarak Jauh (PJJ) bukan perkara yang asing bagi pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga kerana tidak semua pasangan suami isteri dapat tinggal bersama selepas berkahwin. Atas sebab-sebab tertentu seperti kerjaya atau beberapa faktor lain membuatkan pasangan suami isteri terpaksa tinggal berjauhan.


Pasangan PJJ biasanya hanya bertemu sekali dalam seminggu iaitu pada cuti hujung minggu. Dan ini menjadi satu cabaran yang agak besar terutama bagi pasangan yang sedang ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Namun, ini bukan menjadi satu penghalang untuk tidak berusaha mendapatkan zuriat.


Apabila merancang kehamilan, ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian agar tubuh lebih bersedia dan meningkatkan kesuburan. Jadi, ini beberapa cara untuk meningkatkan lagi peluang kehamilan bagi suami isteri yang berjauhan.

1) Pergi bercuti bersama-sama suami isteri


Jika berkelapangan, masing-masing digalakkan untuk mengambil cuti dan boleh merancang untuk bercuti di mana-mana tempat peranginan. Meluangkan masa bersama-sama dapat mengurangkan stres sekaligus dapat membantu untuk mendapatkan masa bersama yang lebih berkualiti. Pastikan bercuti pada waktu kemuncak kesuburan isteri supaya dapat meningkatkan lagi peluang untuk ovum dan sperma bertemu dan disenyawakan.

2) Kenali waktu subur isteri


Waktu subur isteri sangat penting untuk memastikan persenyawaan betul-betul berlaku serta untuk meningkatkan peluang kehamilan. Apabila ovari mengeluarkan telur matang, telur akan mati dalam tempoh 12 hingga 24 jam sahaja jika tidak disenyawakan oleh sperma. Jadi, salah satu cara untuk mengenal pasti waktu subur ialah dengan menggunakan OPK dan boleh digunakan setiap hari sehingga berjumpa dengan waktu subur (2.30 – 7.00 ptg). Waktu subur selalunya berlaku 2 minggu sebelum tarikh period.

Antara tanda-tanda perempuan dalam keadaan subur ialah apabila keluar mucus eggwhite selepas period iaitu seperti putih telur dari faraj. Mukus ini berfungsi untuk membantu perjalanan sperma masuk ke dalam uterus. Selain daripada itu, waktu subur akan menyebabkan seseorang wanita akan merasa lebih bernafsu untuk bersama dan payudara merasa lebih sensitif.

3) Dapatkan rawatan klinikal


Bagi pasangan yang sedang ikhtiar hamil, mendapatkan rawatan klinikal sangat penting untuk memastikan dan mengetahui tahap kesuburan suami isteri. Seandainya ada sebarang masalah kesuburan, rawatan dan susulan awal dapat dilakukan untuk merawat masalah tersebut sebelum terlambat.

4) Menjaga kesihatan dalaman walaupun berjauhan


Menjaga kesihatan dalaman sangat penting bagi kedua suami isteri. Walaupun duduk berasingan, amalkan gaya hidup yang sihat untuk memastikan kesihatan suami isteri sentiasa dalam keadaan optimum. Bagi suami yang merokok, sila hentikan tabiat ini kerana ia akan mengganggu kualiti sperma.

Selain itu, pengambilan makanan yang seimbang dan sihat juga perlu dititik beratkan iaitu dengan banyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan produk tenusu. Pengambilan vitamin tambahan juga sangat disarankan. Apabila kesihatan dalaman kedua suami isteri sentiasa dijaga dari awal, peluang untuk hamil nanti akan lebih tinggi

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping