Memasarkan produk ibu hamil yang berkualiti tinggi serta dipercayai terbaik di Asia dan memberi konsultasi terbaik kepada pelanggan kami
Menjadi sebuah syarikat yang dipilih untuk memasarkan rangkaian produk siap untuk ibu hamil yang berkualiti tinggi dan dipercayai di Asia
MAMARIAM SDN BHD (1213955-V) ditubuhkan pada 31 disember 2016. Pada mulanya syarikat ni diberi nama MAMA MARIAM SDN BHD , selaras pembaharuan semasa, pada awal Mac 2017 nama syarikat di transformasikan kepada MAMARIAM SDN BHD.
MAMARIAM SDN BHD telah mengembangkan empayarnya dan mempunyai dua cawangan utama yang beroperasi sepenuh masa iaitu bertempat di Kuala Berang dan di Kuala Terengganu
Mamariam Sdn Bhd ditubuhkan dan diilhamkan oleh sepasang suami isteri, Tuan Mohd Faez Bin Mat Rudin dan Puan Nurul Jannah Binti Musa. Kedua-duanya berasal dan menetap di negeri Terengganu
Mamariam merupakan syarikat perniagaan yang memasarkan produk-produk ibu hamil yang berkualiti dan dipercayai serta selamat. Kami memastikan ibu hamil sentiasa kekal bertenaga dan ceria dengan memberi konsultasi sepanjang tempoh kehamilan.
Mamariam mengeluarkan jus ibu hamil iaitu jus yang berasaskan bahan-bahan sunnah untuk membantu menyelesaikan masalah ibu hamil sekaligus membantu pasangan yang inginkan zuriat setelah lama berusaha dengan keizinan Allah. Bahan-bahan utama yang digunakan dalam jus mamariam ni ialah kurma ajwa, delima turkey, roselle, badam, habbatussauda, madu dan minyak kelapa dara.
Mamariam diberikan nama berdasarkan kisah ibu Nabi Isa a.s. Harapan Mamariam Sdn Bhd adalah kisah ibu Mariam ini menjadi iktibar dan semoga ibu hamil diluar sana gigih dan kuat seperti ibu Mariam.
Dari tahun ke tahun, Mamariam berjaya menempah nama di mata orang ramai dan menjadi tarikan kepada ibu hamil sehingga Jus Mamariam menjadi pilihan no 1 ibu hamil di Malaysia.
Oleh itu, Mamariam berjaya mendapat beberapa Award. Setelah 3 tahun beroperasi, Tuan Faez Mat Rudin selaku Founder Mamariam telah berjaya dinobatkan sebagai salah seorang pemenang "100 Top Young CEO 2019". Anugerah ini telah menjadi titik pengukur untuk Mamariam terus komited bagi mencapai tahap yang lebih cemerlang. Sehubungan dengan itu, pada Disember 2019, sekali lagi Founder Mamariam dianugerahkan sebagai "The Most Committed CEO". Setelah itu, kejayaan terbaru dapat dikecapi pada tahun 2021 iaitu anugerah "The CEO Achievement Award 2020" yang mana MAMARIAM juga dinobatkan sebagai "The Best In Team Sales Development"
Sehubungan dengan itu, harapan Mamariam adalah untuk meluaskan lagi pasaran Jus Mamariam sehingga ke Asia Tenggara dan berimpian untuk membantu lebih ramai ibu hamil supaya kekal bertenaga dari awal kandungan sehingga berpantang.
Selain berkolaborasi bersama artis, kami juga berjaya bekerjasama dengan Doktor Pakar Sakit Puan. Hal ini kerana kami ingin mendapatkan input-input dan ilmu untuk membantu para ibu hamil dan juga untuk pasangan pejuang dua garis