TERMA DAN SYARAT PROSES REFUND

  1. Definisi
    1. "Produk" merujuk kepada barang yang dibeli melalui syarikat kami.
    2. "Pelanggan" merujuk kepada individu atau pihak yang telah membuat
      pembelian produk.
    3. "Refund" merujuk kepada proses pemulangan wang kepada pelanggan selepas
      syarat-syarat yang ditetapkan dipenuhi.
  2. Syarat Kelayakan Refund
    Pelanggan layak untuk memohon refund sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:
    1. Produk yang diterima rosak, pecah atau tidak mengikut spesifikasi (seperti
      tidak cukup kuantiti barang) yang dijanjikan.
    2. Permohonan refund hanya boleh dibuat dalam tempoh 7 hari selepas
      penerimaan produk.
    3. Produk yang dikembalikan mestilah dalam keadaan asal, tidak digunakan,
      tidak dibuka dan dalam pembungkusan asal.
    4. Bukti pembelian (resit atau invois) diperlukan untuk memproses
      permohonan refund.
  3. Proses Pengembalian Produk
    1. Produk yang ingin dikembalikan perlu dihantar kembali ke alamat yang
      diberikan oleh pihak kami dalam keadaan asal, termasuk pembungkusan asal
      dan semua produk yang berkaitan.
    2. Kos penghantaran untuk pengembalian produk adalah tanggungjawab
      pelanggan, kecuali jika produk rosak atau kesilapan kami.
    3. Selepas pihak kami menerima produk dalam keadaan baik, akan ke urusan
      seterusnya iaitu proses permohonan refund.
  4. Proses Permohonan Refund
    Pelanggan :
    1. Whatsapp
    2. Tiktok dan Shopee (hanya boleh request refund di platform)
    3. Pelanggan perlu menghubungi khidmat pelanggan kami melalui e-mel
      hq.mamariam@gmail.com atau nombor telefon 019-4522483 (Bahagian
      Finance) untuk memaklumkan mengenai permohonan refund.
    4. Permohonan refund akan disemak dalam tempoh 3 hingga 5 hari bekerja
      selepas aduan diterima.
    5. Pelanggan diminta untuk memberikan gambar produk yang rosak atau bukti
      yang menyokong tuntutan anda.
  5. Pembayaran Refund
    1. Setelah produk diterima dan disahkan dalam keadaan yang sesuai untuk
      refund, jumlah yang akan dipulangkan adalah harga pembelian produk,
      tidak termasuk kos penghantaran.
    2. Refund akan dilakukan melalui kaedah pembayaran pemindahan bank
      dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja selepas pengesahan permohonan
      refund.
  6. Kes Tidak Layak untuk Refund
    Refund tidak akan diberikan dalam situasi berikut:
    1. Produk telah digunakan, dibuka atau rosak akibat kecuaian pelanggan.
    2. Permohonan refund dibuat selepas tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan
      produk.
    3. Produk yang tidak memenuhi syarat pengembalian berdasarkan peraturan
      yang ditetapkan.
    4. Permohonan proses refund di platform Tiktok dan Shopee telah tamat.
  7. Penafian
    Kami berhak untuk menolak permohonan refund sekiranya produk yang dikembalikan
    tidak memenuhi syarat yang dinyatakan di atas. Kami juga berhak untuk mengubah
    Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Let's get Social ! Follow us on Social Media :
Need Help ?
Phone : +609-667 1410
Email : help@mamariam.com
Operation Hour :
Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
Fri : 9:00am - 11:00am
Disclaimer
Product effectiveness depends on individual suitability.
Each result may different for every individual.
Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping