3 JENIS BENTAN SELEPAS BERSALIN YANG IBU WAJIB TAHU

 

Masalah bentan sering dikaitkan dengan wanita selepas bersalin.  Dalam masyarakat melayu, bentan dipercayai berlaku disebabkan melanggar pantang larang selepas bersalin. Mungkin ada sesetengah dari kita yang berpendapat bahawa waktu berpantang adalah waktu yang seronok kerana dilayan seperti puteri. Tetapi, jangan terlalu ambil mudah perkara ini kerana pantang larang harus dijaga untuk elak dari perkara yang tidak diingini.

 

APA ITU BENTAN?

Bentan adalah bahasa orang kampung manakala istilah perubatan pula ialah komplikasi selepas kelahiran. Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses berpantang selepas bersalin. Ibu boleh mengalami sakit-sakit badan, sakit urat dan pinggang, demam, badan berasa seram sejuk, pening, loya, sakit pada bahagian luka kelahiran, jantung berdegup kencang dan sakit di kawasan peranakan yang boleh menyebabkan tumpah darah. 

2 PUNCA BENTAN YANG PALING UTAMA

  • Tidak menjaga pemakanan
  • Melakukan kerja berat

Apabila larangan ini dilanggar, badan akan berasa sejuk dan anda akan rasa ingin pitam. Ia berpunca daripada dalaman ibu yang belum sembuh sepenuhnya.

Jika ia berlaku, sukar ibu untuk sihat dan pulih segera. Ada yang berminggu dan ada yang berbulan untuk sembuh.

3 JENIS BENTAN IBU BERPANTANG

1. Bentan Urat Pinggang

Biasanya bentan urat pinggang terjadi kepada wanita yang melahirkan bayi secara caesarean/pembedahan. Lenguh di bahagian pinggang akan dirasai sehari atau dua hari selepas melahirkan. Badan menjadi lemah seperti demam, bisa-bisa urat dan sendi badan seperti menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari. Seluruh otot badan menjadi tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Jadi, bagi wanita yang bersalin Czer ni kena berhati-hati 2 kali ganda. Berpantanglah dengan elok, maksudnya nak duduk dan bangun harus lebih berhati-hati kerana luka jahitan belum pulih.

2. Bentan Urat Peranakan (urat rahim)

Kesakitan di bahagian ari-ari sehingga boleh menyebabkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau jatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

Sebab inilah orang tua tua kata jangan angkat berat ketika berpantang. Dah nama pun berpantang, duduk berehat sambil pulihkan emosi dan luka jahitan. Rahim kita perlukan pemulihan. Jangan paksa ia untuk bekerja keras Jika terjadi bentan urat peranakan ini, ibu digalakkan baring di lantai tanpa alas bantal, alas punggung dengan 2 biji bantal atau sandarkan kaki pada dinding untuk kurangkan pengaliran darah

3. Bentan Urat

Bentan urat  antara paling popular dan kerap berlaku pada wanita selepas bersalin. Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Ibu yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lengun dan sakit di bahagian belakang, pinggang dan tumit kaki.

Harus diingat, jika anda terkena yang jenis ini sepanjang hari tidak dapat bangun. Badan akan jadi sangat lemah, bisa bisa urat dan sakit sendi  seluruh tubuh badan. Kadang kadang menggigil kesejukan walaupun cuaca panas.

 

RAWATAN ELAK DARI BENTAN BERSALIN

1) Banyakkan berehat:

Sebaiknya selepas bersalin, anda seharusnya merehatkan diri kerana badan memerlukan rehat yang secukupnya bagi memulihkan tenaga yang sudah hilang. Jangan sesekali angkat benda berat dan jaga pemakanan sepanjang berpantang.

2) Menjaga kebersihan: 

Disebabkan oleh darah nifas masih belum bersih sepenuhnya, ibu selepas bersalin amat mudah untuk mendapat jangkitan kuman di bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu, Sepanjang berpantang jagalah kebersihan diri dengan sebaiknya seperti menukar lampin wanita dan mencuci alat kelamin dengan menggunakan garam dan kunyit atau menggunakan produk pencuci yang sesuai.

3) Menjaga pemakanan :

Masalah bentan ini juga turut dipengaruhi oleh faktor pemakanan ibu. Ibu hendaklah memastikan pengambilan makanan mereka sihat dan berkhasiat. Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terung, nangka muda.

 

4) Pantang ‘bersama’ suami :

sangatlah tidak sesuai untuk bersama suami selama 46 hingga ke 100 hari. Kedua-duanya harus berpantang bagi memulihkan dalaman isteri.

 

Walaupun segelintir orang berkata adat-adat berpantang ini sebagai satu perkara yang ketinggalan zaman disebabkan arus moden, namun kita sebagai wanita perlu betul-betul menjaganya kalau kita nak kekal cantik dan sihat dalaman sampai ke tua. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk mommy semua.

 

 

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping