Pada masa kini mesti kita jarang jumpa tips buat si suami yang bakal bergelar ayah kan?
Malah bagi pasangan yang baru sahaja meminang cahaya mata, mereka mesti bahagaia dengan kehadiran pelengkap rumah tangga mereka iaitu seorang anak.
Jadi suami yang bakal bergelar ayah, tanggungjawabnya bukanlah hanya sekadar mencari nafkah buat isteri atau keluarga.
Pada saat ini, anda sebenarnya sedang melangkah satu lagi tahap dalam kehidupan iaitu alam keibubapaan.
Saya yakin mesti anda tidak sanggup untuk membiarkan si isteri berhempas pulas seorang diri dalam menguruskan anak anda.
Tetapi persoalannya adakah anda bersedia dan tahu apa yang perlu anda anda lakukan?
Jadi suami boleh take noted ye dengan beberapa tips di bawah ni :
Suami kena faham bahawa selepas bersalin, emosi isteri sangatlah lemah dan perlu diberikan perhatian yang cukup.
Isteri telah berjuang untuk melahirkan zuriat buat anda dan nyawa mereka turut menjadi taruhan demi keturunan kita.
Jadi kekurangan perhatian boleh menyebabkan si isteri terdedah untuk alami kemurungan yang tidak sihat untuk mentalnya.
Kami faham, mesti anda merasa penat setelah seharian bekerja demi mencari nafkah untuk keluarga dan ingin balik ke rumah untuk berehat.
Namun bukankah anda juga sudah bersetuju untuk sama-sama memiliki zuriat maka anda perlu korbankan waktu tidur demi si kecil.
Malah isteri anda telah berkorban memastikan zuriat anda sihat dalam kandungan selama 9 bulan 10 hari dan melahirkan si kecil anda dengan selamat.
Apabila sudah bergelar ayah, anda harus bersedia untuk membersihkan najis anak kecil anda.
Tidak mustahil pada mulanya anda akan merasa kekok namun bak kata pepatah, “alah bias tegal biasa”.
Malah kajian mendapati bapa yang kerap menukar lampin anak mempunyai ikatan perkahwinan yang utuh.
Jadi sebagai suami yang bertanggungjawab dan sayangkan keluarganya perlulah mempunyai sikap bertolak ansur untuk kebahagiaan rumah tangga anda.
Malah tidak terlewat untuk suami turut mempelajari ilmu “parenting style” bagi mewujudkan suasana yang harmoni dalam keluarga anda sendiri.
Sumber : Kelab Mama