BAGAIMANA PERSEDIAAN IBU HAMIL YANG BESALIN DALAM TEMPOH PKP?

“Due date saya dah dekat, jatuh pulak time tu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) , macamana saya nk besalin nanti? Boleh tak suami saya teman masa dalam labour room?”

Dalam tempoh pkp ni, sudah semestinya pelbagai persoalan bermain di fikiran ibu mengandung lebih-lebih lagi mereka yang akan besalin tidak lama lagi. Para ibu disarankan untuk membuat persediaan awal dari segi mental dan fizikal kerana sudah semestinya besalin pada tempoh pkp ni keadaanya adalah berbeza dengan hari-hari biasa.

Jadi, kat sini akak list kan beberapa info untuk para ibu yang akan besalin dalam tempoh pkp ini

1) BARANG APA KENA BAWA KE HOSPITAL?

– Dalam tempoh pkp ni, kebanyakan kedai barangan bayi tutup tetapi masih boleh dibeli secara online. Buat persediaan awal, packing siap-siap barang yang penting sahaja seperti set baju baby, selimut, diapers, tuala dan tisu basah. Simpan siap-siap pada satu ruangan khas dan beritahu suami supaya tidak kalut nanti bila perut dah sakit dan perlu ke hospital

2) SUAMI BOLEH MASUK KE WAD DAN TEMAN DI BILIK BESALIN?

– Mental para ibu yang besalin dalam tempoh pkp kena kuat sebab para suami tidak dibenarkan untuk mengiringi apatah lagi masuk ke dalam wad. Polisi pihak hospital dalam tempoh ini, mereka megehadkan bilangan pelawat dalam satu masa. Para suami juga tidak dibenarkan untuk menemani para isteri ketika berada dalam bilik besalin.

– Jangan panik, kuatkan semangat, jangan bersedih, banyakkan berzikir dan mohon kekuatan dr Allah swt semoga semua dipermudahkan. Untuk para suami, sentiasa berikan dorongan dan kata-kata semangat untuk isteri sebelum mereka dibawa ke wad. Sentiasa ikut arahan dan nasihat doktor untuk kawal pernafasan ketika “push” dan jangan risau, anak yang baru lahir akan diazan atau diiqamatkan oleh staf kesihatan.

 

3) LEPAS BESALIN, SUAMI BOLEH TEMANKAN DI WAD?

– Tiada siapa boleh temankan di wad sang dan malam walaupun suami. Pastikan barang keperluan untuk ibu dan baby mencukupi. Para suami boleh kirim pada staf nurse yang bertugas dan untuk apa-apa pertolongan boleh beritahu kepada nurse berkenaan.

 

4) MAK, AYAH DAN MERTUA NAK DATANG MELAWAT..BOLEH KE?

– Semua pelawat tidak dibenarkan untuk datang melawat. Jika datang untuk kirim barang, boleh tinggalkkan dan kirim kepada pengawal di pondok pengawal. Pada hari discharge nanti, pengawal akan tolong bawakan semua barang dan suami serta keluarga perlu tunggu di luar sahaja.


0leh kerana golongan ini tergolong dari kalangan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak COVID-19, maka adalah sangat penting untuk para ibu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sentiasa membasuh tangan dengan sabun, atau gunakan hand sanitizer, pakai topeng muka ketika keluar, mengamalkan pejarakan sosial paling kurang 1 meter dan buat pemeriksaan dengan kadar segera jika bergejala seperti batuk, demam dan sakit tekak.


Jadi, untuk semua ibu mengandung kat luar sana, pastikan buat persediaan awal jika besalin dalam tempoh pkp ini dan sentiasa amalkan langkah-langkah pencegahan. Ingat, mencegah lebih baik dari mengubati dan semoga para ibu dan baby dilindungi dari wabak merbahaya ini. STAY HOME, STAY SAFE. Inshallah ?

SUMBER:Dr Ahmad Samhan

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping