Salam semua, saya Yuyu Musa, panggil aje Kak Yu. Ok kali ni Kak Yu nak share dengan adik-adik semua 5 bahan-bahan yang mudah, kalau kita amalkan insyallah dapat bantu kuruskan badan ketika berpantang.
Jangan lupa share ya 🙂
HALIA BARA
Kegunaan halia, terutama Halia Bara ni dapat bantu pecahkan lemak dan bantu turunkan berat badan secara alami.Untuk cara tradisi, akak syorkan hiris halia halus pastu campur dengan air panas, madu, & kalau mahu boleh letak limau nipis. Minum setiap hari ketika perut kosong .
BAWANG PUTIH
Cara nak buat senang ajer dik. Lenyek bawang putih tu supaya khasiat nya senang dikeluarkan. Kemudian kalau tak tahan dengan bau, boleh panggang dahulu.Kemudian boleh makan begitu sahaja, atau campur dengan makanan yang lain seperti nasi, sup dan lain-lain 🙂
KUNYIT
Hiris kunyit dan halia, masukkan dalam air dan kemudian rebus hingga mendidih 5minit.Tutup api kemudian tapis airnya. Kemudian boleh diminum. Kalau mahu boleh tambah madu ;)Kalau tak habis, boleh simpan dalam peti sejuk untuk minum esok hari 🙂
DELIMA
Delima boleh bantu kuruskan badan. Sama ada adik-adik beli jus delima asli, atau kisar sendiri delima dan ambil jus n
MADU
Campurkan madu dan air suam. Minum sebelum tidur. Mudah sahaja.
Itu sahaja bahan-bahan tradisi yang Kak Yu nak kongsi dengan korang semua. Boleh amalkan sepanjang berpantang. Atau dah habis pantang nak sambung pun amat amat digalakkan.
Jangan lupa share ya, mana tau ada yang memerlukan info ni
-YUYU MUSA-