Berita tentang kehamilan merupakan sesuatu yang paling menggembirakan buat pasangan yang sudah berkahwin dan menginginkan cahaya mata. Penjagaan kehamilan trimester pertama adalah sangat penting dan perlu dijaga dengan betul kerana dalam tempoh ini sebarang kemungkinan seperti keguguran boleh berlaku.
Jadi, mommy haruslah lebih berhati-hati menjaga kehamilan ketika berada di fasa trimester pertama kerana kesihatan fizikal dan mental anak yang bakal lahir sebenarnya dipengaruhi oleh penjagaan kehamilan trimester pertama sehingga ketiga. Semoga tips yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat buat mommy semua.
Mommy hendaklah hentikan tabiat merokok jika mommy seorang perokok. Merokok telah terbukti boleh menyebabkan keguguran dan bayi mati selepas dilahirkan atau mati mengejut. Nikotin yang terdapat di dalam rokok boleh membahayakan nyawa bayi yang dikandung. Antara risikonya adalah berlaku kecacatan pd anggota badan bayi, masalah sistem pernafasan, sakit jantung dan boleh menyebabkan kematian. Oleh itu, mommy disarankn untuk amalkan gaya hidup sihat. Carilah hobi yang bermanfaat untuk melupakan tabiat merokok. Sayangilah bayi di dalam kandungan anda.
Mommy perlu tahu bahawa kecacatan yang membabitkan organ tubuh bayi biasanya terjadi pada trimester pertama kehamilan. Itu sebabnya penjagaan kehamilan trimester pertama sangat penting pada masa ini. Mommy perlu mengambil makanan yang kaya dengan karbohidrat, protein dan vitamin. Karbohidrat dapat memberi tenaga kepada bayi dan ibu hamil. Manakala, protein pula amat bagus untuk pertumbuhan dan pembinaan tisu tubuh bayi dan ibu.
Selain itu, bagi mencegah jangkitan penyakit pada janin dalam kandungan, mommy perlu ambil vitamin dan zat galian yang mencukupi. Mommy digalakkan untuk mengambil makanan tambahan yang sesuai. Pihak klinik biasanya akan memberi vitamin seperti folic asid dan obimin untuk pengambilan setiap hari. Namun begitu, mommy juga boleh mengambil makanan tambahan yang lain untuk dimakan. Ini adalah kerana kemungkinan pola pemakanan harian mommy tidak mengandungi khasiat yang cukup untuk perkembangan bayi di dalam kandungan.
Semasa di awal kehamilan, biasanya mommy akan mengalami beberapa perubahan pada tubuh badan. Ini merupakan sesuatu yang normal dan mommy dinasihatkan jangan ambil sebarang ubat yang boleh memudaratkan kandungan mommy. Batuk dan badan rasa tak ‘sedap’ adalah perkara biasa di awal kehamilan.
Selain itu, Jika mommy sedang mengambil sesuatu ubat kerana menghidapi penyakit tertentu, maklumkan kepada doktor bahawa mommy sedang hamil agar mommy diberi ubat alternatif yang selamat untuk kandungan. Pastikan mendapat kebenaran dan nasihat doktor sebelum meneruskan pengambilan sebarang ubat. Ini kerana, sesetengah ubat boleh memudaratkan kandungan. Jadi, bincanglah dengan doktor terlebih dahulu.
Penjagaan kehamilan trimester pertama sehingga bersalin adalah sangat penting kerana Mommy mempunyai risiko untuk keguguran sangat tinggi pada trimester pertama berbanding kedua dan ketiga. Biasanya bagi wanita yang pertama kali hamil, mungkin mereka tidak mempunyai ilmu kehamilan yang mencukupi hingga tak sedar diri sedang berbadan dua. Oleh itu, mereka melakukan kerja-kerja berat lalu menjadi punca keguguran terutama yang mempunyai masalah rahim rendah.
Mommy seharusnya banyakkan berehat dan mesti mengelakkan daripada melakukan kerja-kerja berat seperti mengangkat kotak berat, menyusun perabot, memberus lantai dan sebagainya. Walaubagaimanapun, jangan pula memanjakan diri kerana pergerakan yang ringan dan berterusan diperlukan oleh badan mommy bagi memudahkan otot-otot melalui proses kelahiran nanti. Buatlah kerja rumah yang ringan seperti menyapu, mencuci pinggan, dan mengelap meja. Ibu hamil juga diingatkan supaya tidak berdiri terlalu lama.
Sekiranya penat setelah melakukan sebarang aktiviti seharian mommy rehatlah sebentar. Jangan terlalu memaksa diri dalam menyiapkan sesuatu perkara. Kasihan pada bayi dalam kandungan dan kesihatan tubuh mommy.
Bagi mommy yang bekerja pula, jaganlah terlalu memikirkan hal kerja sehingga terbawa-bawa ke rumah. Jika boleh, sampai saja di rumah berehatlah dan freshkan minda anda. Lupakan seketika tentang kerja dan segala masalah semasa. Pastikan juga mommy rehat dan tidur dengan posisi tidur yang selesa bagi ibu hamil supaya tidur malam tidak terganggu.
Secara umumnya, wanita hamil cenderung memiliki emosi yang sesitif dan mudah tersinggung. Oleh sebab itu, ibu perlu mempersiapkan diri supaya banyakkan bersabar dengan hal tertentu dan tangani secara berhemah. Secara tak langsung, mood bayi dan ibu sentiasa dalam keadaan baik.
Kesimpulannya, mommy hendaklah menitikberatkan penjagaan diri dan kesihatan yang baik ketika hamil. dalam penjagaan kehamilan trimester pertama ini, mommy juga perlu mendapatkan temujanji berkala dengan doktor dan klinik kesihatan supaya kesihatan dan tumbesaran janin terjaga dengan sebaiknya.
Selain itu, mommy boleh tambahkan ilmu pengetahuan tentang kehamilan dengan membaca tips kehamilan di blog MAMARIAM.COM kerana kami menyediakan banyak maklumat berguna untuk mommies semua.