Beroleh zuriat sememangnya menjadi impian setiap pasangan yang telah berkahwin di luar sana.
Namun, bukan semudah ABC untuk berjaya hamil. Masih ada segelintir pasangan masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Menurut pakar, ramai pasangan suami isteri tidak berjaya hamil disebabkan beberapa kesilapan yang sering dibuat oleh mereka.
Kesilapan seperti apakah? Jom sama-sama kita semak. Semoga kesilapan ni tak diulangi dan dipermudahkan urusan ikhtiar inshaAllah.
Ni kes paling banyak terjadi dekat pasangan ikhtiar hamil. Majority akan anggap dan yakin waktu subur mereka adalah hari ke-14 dari hari pertama haid. Bukan bukan bukan. Waktu subur berbeza untuk setiap individu bergantung kepada kitaran haid masing-masing. Jadi, waktu subur mungkin tidak akan berlaku pada tarikh yang sama untuk setiap bulan. Jalan paling selamat, pastikan dan ketahui kitaran haid bulanan anda. Catat atau gunakan aplikasi untuk bantu anda.
Pakar mengatakan sperma mampu aktif selama 3 hingga 5 hari. Jadi, sekiranya bersama beberapa hari sebelum waktu subur, peluang untuk berjaya hamil tu agak tinggi kerana sperma telah pun aktif. Jadi, tidak sepatutnya bersama hanya pada waktu subur.
Masyarakat sekeliling jika pasangan tidak dikurniakan cahaya mata, pasti disalahkan pihak perempuan. Tidak sepatutnya terjadi kerana tidak semestinya punca sukar hamil tu datangnya dari pihak isteri. Para suami sepatutnya menyokong dan membantu untuk sama-sama ikhtiar hamil. Bukan hanya terus mendengar dan menyokong kata-kata makcik bawang. Selain daripada masalah isteri tidak subur, para suami juga berkemungkinan menghidap masalah mani tiada sperma menyebabkan isteri sukar untuk hamil. Jadi, berhenti menuding jari pada pasangan ye !
Lemak trans terbentuk bila cairan minyak menajdi lemak padat. Biasanya lemak ni ditemukan dalam produk makanan bergoreng atau dipanggang. Contohnya, pizza, kerepek, popcorn, kentang goreng dan sebagainya. Dalam erti kata mudah, makanan yang bersifat segera kebiasaannya mempunyai lemak trans. Jadi, ajar diri untuk hindari atau kurangkan pengambilan lemak trans.
Untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, mungkin akan merasa sedikit overreact untuk berjumpa dengan pakar. Namun, ianya sangat membantu kerana jika terdapat sebarang masalah, pasangan boleh mendapatkan rawatan dari awal.
Terutama jika pihak suami atau isteri telah dikenalpasti mempunyai masalah dalaman dan sebagainya. Jumpa dan rujuk pakar secepatnya ye !