5 MAKANAN PALING BAIK UNTUK KESIHATAN IBU HAMIL DI BULAN PUASA

Ibu hamil boleh berpuasa ke? Persoalan sebegini selalu timbul buat ibu hamil terutamanya yang first time hamil.
Jawapannya boleh, asalkan tidak mendatangkan kemudaratan buat mommy dan baby dalam kandungan.
Tidak diwajibkan berpuasa bagi ibu hamil yang ada masalah semasa mengandung..

Untuk ibu hamil jangan paksa diri untuk berpuasa kalau ada tanda-tanda seperti:

  • Morning sickness yang teruk
  • Mengalami diabetes,
  • Demam, rasa sejuk, lemas mengigil dan berpeluh
  • Masih dalam tempoh pengambilan ubat
  • Ibu menyusu
  • Kurangnya susu badan secara mendadak
  • Pergerakan bayi kurang

Jadi dinasihatkan buat ibu hamil di luar sana untuk tidak teruskan berpuasa jika mengalami situasi seperti yang dinyatakan. Bukan apa takut jejaskan kandungan dan kesihatan ibu hamil sendiri.

Dan disini saya ingin berkongsi 5 menu wajib yang ibu hamil perlu ambil semasa berpuasa. Antaranya ialah:

1. Makanan yang mempunyai nutrisi yang seimbang.

Menu utama yang wajib ibu hamil amalkan semasa berpuasa ialah makanan yang mempunyai nutrisi yang seimbang.
Contoh sumber nutrisi ini boleh diadapati dalam nasi, sayuran hijau dan buah-buhahan.
Dengan nutrisi yang mencukupi, bayi dalam kandungan tetap mendapat zat yang mencukupi.

 

2. Makanan yang mempunyai kalsium

Menu kedua yang wajib ibu hamil ambil semasa berpuasa adalah hidangan yang mengandungi kalsium yang tinggi. Antaranya ialah ikan, susu, yogurt atau keju.

3. Makanan yang tinggi Karbohidrat.

Contoh makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi ialah beras perang, roti gandum, oat dan kekacang.

Bila berbadan dua ni ibu hamil akan cepat terasa lapar, jadi penting untuk mengambil makanan yang tinggi karbohidrat supaya sentiasa kekal bertenaga sepanjang hari.

4. Minum air kosong yang mencukupi.

Air kosong sangat penting untuk ibu hamil sepanjang tempoh kehamilan, hal ini kerana untuk ibu hamil kawal pengambilan gula untuk mengelakkan terkena kencing manis.

Disarankan mengambil 8 gelas air kosong sehari iaitu 4 gelas semasa berbuka dan 4 gelas lagi semasa bersahur.
Secara tak langsung badan akan terasa selesa dan lebih bertenaga.

5. Makanan yang kaya dengan protein.

Makanan yang kaya dengan protein juga penting untuk ibu hamil ambil kerana ianya dapat membantu untuk perkembangan janin dan otak baby.
Banyakkan pengambilan protein seperti telur, ikan, daging dan kekacang.

Seperti ikan, boleh dimasak secara bakar dan pastinya menjadi lebih sedap dicicah bersama air asam. Pasti meneyelerakan.

 

Jadi, penting untuk ibu hamil ambil secukupnya makanan dalam tempoh berpuasa ini dan penting juga untuk ibu hamil ambil makanan yang berkhasiat.
Bukan untuk ibu sahaja, baby dalam kandungan pun perlukan sumber makanan yang berkhasiat. Semoga bermanfaat!

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping