Alhamdulillah , “ KINI AKU HAMIL “ jeritan kecil dalam hati seorang isteri yang bakal bergelar ibu. Siapa yang tak seronokkan dah nak jadi ibu ayah nanti.hehe. Hari semakin hari perut dah semakin besar , baju banyak dah tak muat . Hmmm, dah mula pakai serabai je.
“Awak ni dah takde baju lain dah ke yang elok sikit” terlepas dari mulut si suami. Tersentak hati seorang isteri . Isteri dah mula fikir “eh betul jugak aku ni semakin hari dah tak Nampak rupa dah sejak mengandung ni”. Bermula la hari tersebut si isteri dah mula merubah penampilan diri. Terutamanya dari segi pakaian.
Jom kita tengok apa tips memilih baju yang sesuai untuk ibu mengandung ..
Pilih baju yang lebih besar bila saiz perut dah semakin membesar. Contoh , boleh beli blouse atau dress yang loose yang sesuai dengan badan .
Pemilihan saiz baju yang lebih besar buatkan ibu terasa selasa dan tak panas masa mengandung. Yang penting sopan dan cantik di mata suami. Hehe
Jika perut berada dikedudukan lebih tinggi , boleh cuba wujudkan garisan antara dada dan perut dengan memakai baju yang bertali.
Jika perut lebih ke bawah, pakaian lembut di bahagian pinggang akan lebih selesa. Potongan baju yang labuh melepasi perut akan membuatkan anda kelihatan lebih cantik. Contohnya baju dengan potongan “A”.
Pilih material yang sesuai dan lembut semasa mengandung kerana semakin meningkat usia kandungan ibu mengandung akan terasa sentiasa panas terutamanya pada waktu malam. Elakkan pilih fabrik yang keras tapi lebih baik memilih material kain kapas atau memeri.
Pilih baju yang sesuai untuk menyusu sekali supaya ibu boleh guna dengan jangka masa yang panjang. Elakkan memilih material dengan corak yang besar kerana ibu akan membuatkan anda kelihatan chubby .
Elakkan pakai pakaian yang menunjukkan bentuk tubuh badan kerana menampakan anda lebih berisi dan tidak elok dipandang. Pilih kain yang mudah jatuh atau yang flowy untuk menampakkan gaya yang lebih elegan masa mengandung.
Pilih beberapa pakaian yang sesuai diamalkan dari awal kehamilan sampai trimester ketiga. Contohnya baju yang mempunyai tali yang boleh dilaraskan atau yang mempunyai butang.
Untuk pilih pakaian pada trimester ketiga lebih selesa mengenakan seluar mengandung yang berada dipasaran sekarang. Seluar mengandung ,masa kini banyak yang cantik dan membuatkan ibu mengandung Nampak bergaya . ia boleh digayakan dengan baju blouse yang bertali menampakan lebih kemas dan selesa.
Sumber : Theasianparent Malaysia