Tidak dinafikan dalam hubungan suami isteri itu pasti ada pasang surutnya, kata orang perselisihan faham atau ‘ gaduh-gaduh manja’ itu sebagai asam garam dalam kehidupan rumah tangga.
Namun begitu sebagai pasangan, jangan biarkan terlalu lama jika isteri merajuk. Pastikan ada inisiatif memujuk isteri kerana dialah teman kita di malam hari. Admin nak share dibawah ada 5 tips mudah pujuk isteri merajuk untuk suami boleh amalkan.
Pujuk dengan ayat kemaafan yang paling indah. Hati perempuan sifatnya lembut dan ada juga yang keras. Reka satu ayat maaf yang paling indah untuk diucapkan hingga dapat lembutkan hatinya.Kalau boleh ucap dengan nada yang jelas dan yakin
Wanita rata-rata tak kisah apa bentuk hadiah suami berikan. Tak kiralah mahal atau murah yang penting ikhlas daripada suami tercinta. Jika kena pada apa yang anda berikan pasti isteri akan tersenyum manja dan hilang segala rajuk.
Jika bergaduh dan isteri mula merajuk perbaiki hubungan dengan melayan isteri anda. Mungkin dengan teman dia membeli belah, beriadah atau belanja dirinya ke spa mungkin dapat menyejukkan hati isteri dengan kebaikan yang suami lakukan.
Suami jangan berkira dengan isteri dan mengharapkan isteri seorang yang menguruskan rumah tangga kerana mereka melakukan semua aktiviti di rumah. Dari soal memasak, mengemas rumah dan melayan kerenah anak-anak. Sebelum isteri anda merajuk lebih lama dan merajuk untuk melakukan kerja rumah, apa kata anda mengambil hati dengan melakukan kerja rumah yang dibuat oleh isteri dan bagi isteri rehat pula pasti isteri suka dan tersenyum lebar.
Sesekali bawa keluarga anda menjamu selera samaada di restoran atau dirumah. Sebaik-baiknya bawa sekali ibu bapa kedua belah pihak supaya dapat mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain.
Rumusannya, jadi bila isteri tu merajuk, jangan kita biarkan dia tersadai dengan emosinya sendirian, dia perlu dibelai, perlu dipujuk, say sorry to her, peluklah dia dan happykan dia. Bila isteri happy, ia mengundang rahmat Allah. Bila rahmat Allah datang, bertambah lagi keberkatan dalam kehidupan suami in shaa allah.