7 Kegunaan Manjakani masa berpantang

Salam semua, saya Yuyu Musa. Panggil Kak Yu pun takpe 🙂

Ok, kali ni Kak Yu nak kongsi kat adik-adik semua 7 kegunaan manjakani ketika berpantang yang ramai tak tahu. Share ya info ni , mana tau nanti kita perlukannya 🙂

 

JUS MANJAKANI

Resipi : BAHAN-BAHAN :
-5 biji buah manjakani
-500ml air
-2 cm halia
-2 cm kunyit
-Didihkan kesemua bahan dan kemudian renehkan selamat 15 minit
-Tapis kemudian boleh dijadikan pati untuk diminum dengan mencampurkan air.
-Campurkan madu atau gula melaka untuk hilangkan rasa pahit

KAPSUL MANJAKANI

Boleh beli manjakani yang sudah dikisar di kedai herba atau pasar,kemudian dapatkan kapsul di farmasi.masukkan serbuk manjakani kedalam kapsul dan boleh diamalkan 2 biji sehari.

LETAK DALAM NASI YANG DITANAK
Bila manjakani lembut,boleh kupaskan kulitnya dan buang getah manjakani,biji manjakani itu digentel dan kepal dalam nasi. Boleh amalkan 3 hari berturut turut.

MAKAN DENGAN ROTI
Jangan terkejut biji manjakani yang dah dilembutkan samada direbus dengan air atau ditanak Bersama nasi boleh dimakan juga dengan roti. Macam mana kak Yuyu? Haaa biji manjakani digentel kedalam roti ,telan dengan cepat dan terus minum air milo. Inshaallah tak sempat rasa pahit manjakani.

PENCUCI WANITA
Air manjakani yang direbus digunakan untuk mencuci bahagian bawah wanita. Lepas berpantang pun boleh buat tau. Mana mana wanita yang dah kahwin wajib buat tips ni .

MASKER UNTUK KULIT
Masa berpantang,kulit jadi kusam kan? Tiba tiba keluar jerawat? Serbuk manjakani boleh dijadikan masker jugak tau.Cuma campurkan air suam sikit ke dalam serbuk manjakani,sapu dan tunggu kering. Berseri seri lah muka mak dalam pantang

LUKA BERSALIN
Sapu serbuk manjakani yang dicampur dengan air bersih ke tempat jahitan lepas bersalin.ni petua orang lama tapi berkesan. Jika takde serbuk manjakani,boleh basuh/rebus manjakani dan asah keatas lesung batu,airnya di sapu ke tempat jahitan. Make sure bersih tangan dan peralatan kita guna untuk elak jangkitan.

jangan lupa share ye!

-YUYU MUSA

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping