Memiliki anak sememangnya impian semua pasangan yang telah berkahwin. Namun, sekarang ini kita sering mendengar ramai pasangan suami isteri menghadapi masalah ketidaksuburan dan sukar untuk hamil. Bukan sahaja pasangan yang dah lama berkahwin, pasangan pengantin baru pun ramai yang alami masalah untuk cepat hamil. Hal ini dikatakan berpunca dari pelbagai asbab dan salah satunya adalah cara pemakanan seharian yang tidak betul. Ramai pasangan yang tidak sedar sebenarnya makanan ini lah yang menyebabkan tahap kesuburan mereka menjadi rendah.
Persoalannya, apakah makanan yang patut dielakkan oleh pasangan yang nak ikhtiar zuriat ni ?
Junk food antara makanan yang mengandungi lemak trans. Menurut kajian, makanan yang tinggi lemak trans akan menyebabkan ketidaksuburan pada wanita. Bukan sahaja meningkatkan kadar kolestrol dalam tubuh tapi juga meningkatkan berat badan dan mengganggu penghasilan insulin sehinggakan proses penghasilan hormon tubuh secara keseluruhannya terganggu.
Makanan dengan kandungan gula yang tinggi mengurangkan nutrisi yang diperlukan oleh wanita untuk hamil. Kadar gula yang tinggi dalam darah juga meningkatkan insulin dalam tubuh sehingga memberi kesan buruk pada penghasilan telur ovum.
Bila sebut je kafein mesti orang ingat kopi sahajar sedangkan teh, milo, coklat pun mengandungi kafein. Salah satu keburukan kafein adalah mengecutkan salur darah ke rahim. Sebagai contoh, sperma suami dan telur ovum isteri dah berjaya disenyawakan tapi disebabkab isteri terlampau kerap minum minuman berkafein, fetus terhalang dari menempel di dinding rahim dan menyebabkan keguguran.
Kafein juga menyebabkan kadar penyerapan zat besi kurang dalam badan. Boleh mengakibatkan anemia dan juga masalah untuk penghasilan ovum matang dengan lebih baik.
Selain sayuran, bakteria dan virus juga terkandung dalam makanan laut. jadi elakkan makanan laut yang tidak dimasak dan didinginkan seperti sushi, sashimi, tiram mentah, scallop dan kerang.
Pastikan makan yang dimasak telah masak sebetulnya sebelum makan termasuklah telur ayam yang digoreng. Kuning telur dan putih sepatutnya masak dan bukannya separuh masak. Kesan pada ibu hamil atau wanita yang merancang zuriat boleh menyebabkan jangkitan bakteria merebak ke seluruh badan termasuk uri dan akhirnya membawa kepada keguguran.
Pasteurisasi merupakan proses membunuh bakteria patogen yang mana boleh menyebabkan penyakit. Keju yang tidak dipasteurisasi (mentah), mengandungi bakteria listeria yang masih hidup dan bagi kesan yang sangat buruk pada perkembangan bayi yang boleh menyebabkan keguguran.
Produk susu yang rendah lemak mengandungi hormon androgen yang mana akan menyebabkan kitaran period terganggu dan kesannya sukar untuk mencari hari subur. Bila hari subur tak dapat dikesan maka susah lah untuk menrancang zuriat
Alkohol meninggalkan kesan buruk pada kesuburan dengan menghentikan nutrisi baik yang masuk ke dalam tubuh. Alkohol juga menyerap semua vitamin B dalam tubuh yang mana vitamin ni sangat diperlukan untuk meningkatkan tahap kehamilan dan bantu untuk proses tumbesaran janin yang sihat. Jadi, ibu hamil yang mengambil alkohol berisiko tinggi untuk keguguran dan juga alami masalah kecacatan fizikal pada bayi.
Akhir kata, alkohol ni bukan sahaja bagi kesan buruk pada wanita tapi juga untuk lelaki yang mana akan menyebabkan kualiti sperma terjejas dan proses persenyawaan terbantut.