RISIKO TINGGI BAGI IBU HAMIL YANG ALAMI KEPUTIHAN . BERTINDAK SEGERA JIKA ALAMI SIMPTOM SEPERTI INI.

Masalah keputihan normal kita dengar dari kalangan wanita. Tak kira wanita yang berkahwin ataupun belum mesti ada keputihan ni.Keputihan ni ada beberapa jenis warna,Setiap warna tu mesti ada maksud / tanda-tanda sesuatu.Okay,meh sini akak cerita sikit mengenai jenis-jenis keputihan ni. Nanti senang korang nak kenal pasti tahap keputihan korang yang mana satu.

 

 

1. TEBAL DAN BERWARNA PUTIH SERTA TIDAK GATAL

Cecair macamni berlaku beberapa hari sebelum haid korang datang atau beberapa hari selepas haid habis.Kebiasaannya normal dan tak bahaya .

2 .KEPUTIHAN BERAIR TIDAK BERBAU DAN TIDAK GATAL

Dalam banyak-banyak jenis keputihan,jenis macamni  boleh berlaku bila-bila masa sahaja.Keputihan ini tak berbau atau berbau sikit je dan tak terasa gatal.

Korang tak perlu risau sebab normal berlaku pada wanita yang dah kahwin atau belum.

3.KEPUTIHAN KEKUNINGAN DAN RASA GATAL

Keputihan yang berwarna kekuningan macamni mungkin tanda ada jangkitan kuman .Keputihan kuning ni kebiasanya tebal dan berbau.

Kalau bercampur dengan keputihan yang pekat, korang mungkin terkena jangkitan yis, bacteria vaginosis atau jangkitan lain yang perlu dirawat.

Ragi atau jangkitan yis tidak akan menyakitkan bayi, jadi wanita hamil tidak perlu panik. Walau macam mana pun , jika korang mengalami gatal-gatal, korang perlu rujuk doktor.

4. KEPUTIHAN SEDIKIT COKLAT

Keputihan macamni normal bila berlaku selepas haid korang habis.Sedikit warna coklat mungkin menunjukkan ada  sedikit darah haid lama yang masih tertinggal.

Korang  jangan risau ye, keputihan macamni mungkin jugak antara jenis keputihan yang biasa.Faraj sedang bersihkan diri selepas haid.

5. NIPIS DAN TIDAK BERWARNA SEPERTI PUTIH TELUR

Keadaan dimana tanda ovulasi yang baik dan berlaku antara 12 dan 16 hari dalam kitaran haid.Maknanya korang dalam tempoh subur.  Jika korang sedang berusaha untuk mengandung, ini waktu terbaik untuk bersama pasangan!

Jenis keputihan ini akan memberi laluan mudah untuk sperma berkualiti berenang masuk ke rahim.Tapi untuk wanita yang sudah putus haid ini mungkin tanda kanser serviks.

Jadi perlulah rajin buat ujian Pap Smear setiap tahun untuk mengelak perkara tersebut menjadi lebih serius.Bagi wanita hamil, Hampir setiap wanita hamil akan mengalami keputihan sebegini.Ia boleh menyakitkan, tetapi ia tidak berbahaya atau buruk.

 

6.KEPUTIHAN BERWARNA KEHIJAUAN

 

Warna kehijauan antara jenis keputihan wanita yang tak normal dan biasanya tanda jangkitan dalaman yang serius. Jika disertai dengan bau busuk, mungkin ada tanda penyakit trichomoniasis.

Segera jumpa doctor untuk dapatkan rawatan  jika korang alami masalah macamni semasa mengandung,kerana beberapa kajian telah mengaitkan vaginosis dan trichomoniasis kepada lahir bayi pramatang dan berat lahir rendah.

7.KEPUTIHAN BERCAMPUR DARAH

Jika berlaku macamni, kebiasaanya berlaku radang pada pangkal rahim tapi mungkin juga tanda-tanda kanser serviks.Kalau berlaku keputihan macamni, cepat-cepatlah jumpa dengan pakar sakit puan.

Please alert ye sayang-sayang . Segera jumpa doctor atau pakar jika ada tanda-tanda bahaya.

Sumber : www.remaja.my , my.theasianparent.com

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping