KALAU BOLEH SEMUA BENDA NAK LENGKAP UNTUK BABY, TAPI MOMMY DADDY PERLU INGAT DAN BERHATI-HATI DENGAN PERBELANJAAN SUPAYA BAJET TIDAK LARI.
“Tak lama lagi nak dapat “baby”, bajet mesti lari kalau tak berhati-hati”. Ayat ni sering kali berlari-lari dalam fikiran bakal ibubapa kan. Tapi jangan risau akak ada cara lebih baik untuk para ibubapa yang nak jadi lebih bijak dalam mengurus hal kewangan keluarga. InsyaAllah dengan cara berjimat cermat dan tidak keterlaluan dalam berbelanja ni pasti dapat membantu anda terutama yang pertama kali bergelar ibubapa. Boleh ikut 7 cara ni ya;
Pakaian bayi dan keperluan menyusu seperti botol susu tak perlu dibeli terlalu banyak, dan sesetengah jenama premium tak semestinya berkesan untuk bayi anda. Sebagai contoh, bayi mungkin mempunyai pilihan puting susu sendiri apabila sudah mencuba, jadi beli sejenis botol dan puting dahulu untuk dicuba. Ada juga bayi yang cukup gembira dengan jenama botol dan puting yang lebih mampu-milik berbanding jenama premium.
Sebenarnya bayi baru lahir ni membesar dengan cepat dalam masa hanya beberapa minggu sahaja tau. Jadi, tak semestinya mommy perlukan 20 pasang sarung tangan dan topi pelbagai warna untuk baby. Mommy juga tidak memerlukan jaket berlainan jenis dan gaya, atau kasut untuk bayi yang belum lagi pandai berjalan.
Dari pertama kali kelahiran bayi, mommy daddy akan mula menyenaraikan keperluan yang perlu dibeli. Biasanya, bayi baru lahir hanya memerlukan beberapa barang penting sahaja seperti lampin, baju tidur lengan panjang, selimut, stokin, sarung tangan, topi, keperluan mandi dan tempat duduk bayi dalam kereta (car seat).
Untuk keperluan jangka panjang seperti lampin, tisu basah dan barangan mandian, ia lebih ekonomi untuk membeli secara pukal atau semasa tengah diskaun. Mungkin juga mommy akan dapat lebih lagi dari hadiah kawan-kawan..hehe betul tak?
Cuba cari barangan yang mempunyai fungsi serbaguna dan tahan lama. Contohnya, “stroller” yang boleh dibaringkan untuk bayi, atau yang mempunyai “travel system” yang diintegrasikan dengan “car seat”. Ada juga “stroller” yang mempunyai ruang lebih besar untuk memuatkan lebih dari seorang anak. Lagi jimat jika boleh digunakan untuk anak seterusnya.
Membeli barangan dengan warna uniseks adalah lebih bijak supaya mommy boleh menggunakannya semula untuk bayi seterusnya. Walaupun mommy mungkin belum mempunyai sebarang perancangan, ia tetap lebih mudah untuk diberi atau dijual kepada orang lain apabila tiba masanya nanti. Barangan seperti penggalas bayi (baby carrier), “car seat”, “stroller”, kerusi bayi dan pakaian seperti jaket, topi dan stokin boleh dibeli di dalam warna uniseks.
Barangan bayi berjenama mewah memang mempunyai tarikannya yang tersendiri, tapi kena ingat tau mommy boleh berjimat dengan lebih banyak lagi tanpa membelinya. Masa anak umur 2 tahun tidak perlukan gaun berharga RM250. Cukuplah dengan pakaian yang selesa, selamat dan membolehkan dia bermain dengan gembira. Mommy nilailah sendiri sama ada bayi benar-benar memerlukannya, atau mungkin ada alternatif yang lebih mampu-milik.
Jadilah ibubapa yang bijak dan berjimat-cermat dalam menguruskan perbelanjaan. Ingatlah wang yang digunakan untuk membeli pengalaman berharga dengan anak-anak, seperti bercuti atau belajar adalah lebih berharga dan berbaloi.
SUMBER: https://suri.makchic.com/tips-berjimat-cermat-untuk-ibubapa-baru/