ADAB SUAMI KETIKA ISTERI HAMIL

Ketika isteri mengandung, suami mestilah betul-betul bertanggungjawab terhadap isteri dan menjalankan tugas dengan sebaiknya kerana perasaan isteri pada masa ini sangatlah sensitif. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

 

1) JUJUR DAN SETIA

Sewaktu mengandung ada ketikanya isteri sedikit malas nak melawa hingga kadang-kadang nampak tak terurus. Jadi, suami jangan bagi alasan ni untuk curang atau tidak berlaku jujur di belakang mereka.

 

2) TUNJUKKAN KASIH SAYANG

Suami perlu menunjukkan kasih sayang dan perhatian kepada isteri kerana suami adalah teman hidup yang paling dekat dengan mereka selain Ibu, Ayah dan adik beradiknya. Inilah masanya untuk menghargai mereka seperti memenuhi keperluan mereka, bantu dia memasak, kemas rumah dan lain-lain.

 

 

3) SELESAIKAN PERSELISIHAN FAHAM 

Sebelum masuk tidur selesaikan segala masalah yang menganggu fikiran atau mungkin kalian baru je bergaduh. Maafkan isteri jika dia ada berbuat salah supaya tidurnya lebih tenang dengan bayi yang dikandungkan.

 

4) ELAK PERKATAAN TALAK

Sepanjang isteri mengandung tentulah tak dapat lari dengan pergaduhan. Namun, sejauh mana pun serius masalah itu jangan pernah menuturkan perkataan talak, cerai atau berpisah dengan mereka. Ini sangat bahaya kalau dimulakan.

 

5) MEMBACA DOA DAN KERAP MELAKUKAN SOLAT SUNAT

Semasa isteri mengandung, suami mesti selalu melakukan solat-solat sunat serta mendoakan kesejahteraan isteri dan bayi. Ketika isteri hampir bersalin,suami digalakkan membaca doa berikut, “La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin”

 

 

Kesimpulannya, suami mestilah bijak menangani emosi dan perasaan isteri ketika hamil.Jika ada salah atau perselisihan faham, suami perlu berlapang dada dan berfikiran positif sekaligus membantu kesihatan isteri dan kandungan dalam keadaan baik.

 

 

SUMBER: SIRAP LIMAU

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping