5 PERKARA YANG SUAMI SERING TERLEPAS PANDANG TETAPI SEBENARNYA BOLEH MEMBANTU ISTERI BERSALIN DENGAN MUDAH

SEBENARNYA KEHADIRAN SI SUAMI SANGAT DIHARAPKAN OLEH ISTERI KERANA BOLEH MEMBERIKAN KATA-KATA SEMANGAT SERTA MEMBANTU MENGURANGKAN RASA SAKIT YANG DIALAMI.

 

Sakit saat hendak bersalin memang amat menyakitkan sampai ada ibu hamil yang menitiskan air mata. Sebagai suami, jika ada peluang temanlah isteri bersalin dan janganlah disebabkan anda tidak merasakan kesakitan itu anda tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Bila isteri mengadu sakit ketika kontraksi,  janganlah cuma menyuruh mereka bersabar sedangkan anda leka dengan gajet. Ada lima perkara yang para suami boleh lakukan bagi menenangkan dan mudahkan isteri bersalin;

 

1) PASTIKAN ISTERI MENJAMAH SEDIKIT MAKANAN UNTUK ALAS PERUT

Sebelum bertarung nyawa lahirkan zuriat, isteri anda pasti memerlukan tenaga untuk mengharungi proses bersalin. Kalau isteri takda selera, suami boleh buatkan air milo dan beri roti @ kurma untuk bekal tenaga. Suami juga perlu tahu makanan yang membantu isteri untuk mudahkan proses bersalin.

 

 

2) BANTU ISTERI CARA PENAFASAN YANG BETUL KETIKA MENERAN.

Ketika melawan sakit, isteri cenderung untuk lupa segala apa yang dipelajari. Suami perlulah bimbing isteri cara bernafas dengan betul untuk memudahkan isteri meneran tanpa bazirkan tenaga.

Pesan dekat isteri jangan angkat punggung dan jangan menjerit. Bisik dekat dia ‘Laillahailla anta subha nakainni kuntu minnazzolimin’ dan bacakan zikir yang baik-baik.

 

3) BERI USAPAN DENGAN PENUH KASIH SAYANG

Ketika melahirkan anak, emosi isteri sering terganggu akibat kesakitan yang dialami. Bagi meredakan kesakitan itu, belaian dan usapan anda sangatlah diperlukan. Usaplah dengan penuh kasih sayang diikuti dengan selawat kerana  ia mampu menenangkan hati  dan beri kekuatan kepada isteri untuk berjuang.

 

 

4) SUNTIKLAH SEBERAPA BANYAK KATA-KATA SEMANGAT KEPADA ISTERI.

Semakin hampir waktu hendak melahirkan bayi, semakin kuat kesakitan yang isteri akan rasa. Jadi, suami boleh ceritakan perkara-perkara yang indah seperti cerita tentang anak yang bakal lahir dan perasaan teruja anda menjadi seorang ayah. Tenaga isteri yang hilang tu, pasti akan kembali tatkala melihat semangat positif dari suami.

 

 

5) SUAMI JANGAN PANIK!

Ketika dalam bilik bersalin, suami jangan cepat panik sebab ianya akan menambah ketakutan dan stress sang isteri. Anda harus tenang dan cool. Suami juga perlu bersedia dari segi mental untuk melihat isteri bersalin. Jangan pengsan pulak ya.

 

 

Semoga ibu-ibu yang melahirkan anak, dapat bersalin dengan mudah dan happynya. Walaupun kesakitan melahirkan anak hanya dilalui oleh isteri tetapi penglibatan suami untuk sama-sama melalui susah payah tersebut memberikan kekuatan kepada isteri. Jadi para suami, berikan kekuatan tersebut kepada isteri anda!

 

 

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping