Pada masa sekarang ni makin banyak insiden yang melibatkan bayi tercedera disebabkan sikap segelintir masyarakat kita apabila bertemu dengan bayi yang baru lahir.
Alhamdulillah kerana masyarakat kita mempunyai sikap penyayang namun ada beberapa perkara yang perlu anda elakkan apabila bertemu dengan bayi yang baru lahir.
Antaranya ialah :
Walaupun anda geram melihat kecomelan bayi, cubalah fikirkan juga keselamatan si kecil yang mempunyai sistem antibodi yang lemah.
Malah bayi juga merupakan golongan yang mudah terdedah kepada jangkitan Covid-19 pada masa kini.
Untuk makluman semua, sistem pencernaan bayi yang baru lahir ni masih belum mampu untuk mencerna sebarang bentuk makanan selain susu ibu.
Kebiasaan bayi boleh diajar makan makanan selain susu ibu pada usia 6 bulan namun bagi mereka yang bukan ibu bapa kepada si kecil
sebaiknya elakkan dari menyuap makanan kepada bayi tanpa meminta izin dari kedua ibu bapanya.
Mesti mommy pernah tengok budaya segelintir ibu bapa atau orang dewasa yang suka melambung bayi kan?
Sebenarnya mommy budaya melambung bayi ni tidak elok untuk bayi sebab ianya mampu menyebabkan bayi mengalami gegaran otak.
Terdapat segelintir individu tidak bertanggungjawab yang suka melakukan provokasi terhadap keadaan fizikal bayi dan menyebabkan ibu bapa kepada bayi tersebut tersinggung.
Sekiranya jika tiada perkara baik untuk dibicarakan jangan sesekali menghina fizikal bayi.
Jadi sebagai masyarakat yang prihatin, kita haruslah saling menghormati antara satu sama lain terutama ibu bapa yang mempunyai anak kecil.
Akhir kata, anak itu merupakan amanah yang diberikan kepada kita, oleh itu perlulah kita jaga dengan sebaiknya.