BAHAGIAKANLAH ISTERI ANDA. BUATLAH SESUATU YANG ISTERI SUKA.

Kebiasaannya perangai isteri masa hamil ni lain sikit daripada biasa tau. Jadi, suami kena lah pandai jaga dan ambil hati isteri ye. Elakkan buat isteri tertekan dan bahagiakan isteri. Tak susah pun nak bahagiakan isteri ni. Nak tahu apa yang isteri suka suami buat semasa dia sedang hamil?

 

1) Balik kerja awal

Isteri suka kalau suami balik kerja awal tambah-tambah lagi kalau isteri tu suri rumah. Suami boleh luangkan banyak masa sama-sama dengan isteri. Masa hamil ni, suami jangan tinggalkan isteri keseorangan dekat rumah ye terutamanya bila dah dekat due.

 

2) Buat kerja rumah

Memang kerja-kerja rumah ni selalunya isteri yang buat tapi isteri paling suka kalau suami tolong buatkan. Bila hamil ni, badan jadi cepat letih . Jadi suami bantulah isteri selesaikan kerja-kerja rumah seperti mengemas, memasak dan sebagainya lagi. Mesti lagi bertambah sayang isteri.

 

 

 

3) Cari barang bayi sama-sama

Bab cari barang bayi ni memang isteri teruja dan lagi teruja kalau suami sama-sama ikut cari. Selalunya isteri akan tanya pendapat dan masa ni lah suami ambil peluang bagi pendapat sebagai sokongan. Confirm suka hati isteri bila suami layankan semangat cari barang keperluan bayi ni.

 

 

4) Teman pergi checkup

Isteri suka kalau suami ambil tahu temujanji klinik dan temankan pergi checkup. Dari situlah isteri akan nampak betapa suaminya sangat mengambil berat dan sayang padanya. Melalui ni, suami pun boleh tahu perkembangan bayi dan tahap kesihatan isteri.

 

5) Buatkan susu

Tak semua suka minum susu semasa hamil tau tapi bila suami yang buatkan mesti isteri akan minum. Suami kena tahu penting ye pengambilan susu ni untuk kesihatan ibu dan jugak kandungan. Jadi suami rajinkanlah diri buatkan susu isteri setiap hari. Mesti suka isteri bila dijaga suami macam ni.

 

6) Mengurut

Isteri suka bila suami urut dia. Semasa hamil, badan akan jadi cepat lenguh terutamanya di bahagian betis, bahu dan pinggang. Jadi suami, urutlah isteri sekerap yang boleh untuk hilangkan lenguh-lenguh badan sekaligus membantu isteri tidur dengan lena.

 

 

Kesimpulannya, isteri suka bila suami sangat ambil berat padanya. Bagi isteri, suami yang terbaik ialah suami yang dapat membahagiakan dan menjaga dia dengan penuh kasih sayang.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping