Bagi yang sudah berkahwin, segala benda pastinya akan dikongsi bersama suami isteri. Suami adalah ketua keluarga dan pelindung buat isteri dan juga anak-anak.
Namun demikian, kepercayaan dan rasa hormat seorang isteri akan hilang apabila suami berubah sikap yang tidak boleh diterima oleh isteri. Antaranya adalah seperti berikut :
Suami selaku ketua keluarga adalah contoh paling utama untuk isteri dan anak. Bimbingan suami paling penting dalam sebuah keluarga tau. Jika ketua keluarga pun dah ketepikan tuntutan agama macam mana nak membimbing dan membentuk keluarga bahagia yang diredhai Allah swt. Jadi isteri tak nampak peranan suami dalam membimbing dan mula tawar hati.
Suami yang abaikan tanggungjawab dikategorikan sebagai tidak matang lebih-lebih lagi apabila semua tanggungjawab diletakkan pada isteri. Segala keperluan rumah ditanggung sepenuhnya oleh isteri sedangkan segala nafkah adalah di atas tanggungjawab suami. Situasi ini akan menyebabkan isteri merasa tertekan dan mula hilang hormat pada suami.
Paling yg ditakutkan dalam rumahtangga ialah suami yg bersikap panas baran. Kadang benda yang kecil pun boleh jadi masalah yang besar baginya dan mula bertindak di luar kawalan sehingga isteri dan anak2 menjadi mangsa. Situasi ini akan beri tekanan emosi pada isteri manakala anak2 akan menjadi trauma dan takut untuk dekat dengan ayah.
Bagi seorang isteri, harta kekayaan bukanlah apa yang diimpikan tetapi kesetiaan dan kejujuran itulah yang paling utama. Bahagianya seorang isteri bila dapat suami yang sangat menghargai dirinya dengan menerima seadanya. Paling sedih bila suami bukan sahaja tak menghargai malah berlaku curang di belakangnya.
Menjaga dan membesarkan anak adalah tugas bersama suami isteri tau. Jadi suami perlulah ambik tanggungjawab jugak dan beri perhatian sepenuhnya pada anak-anak. Bukan serah sepenuhnya pada isteri kerana isteri perlukan rehat jugak. Paling elok kalau suami luangkan masa jaga anak dan bagi masa untuk isteri berehat.
Sebagai kesimpulannya, encik suami hendaklah tahu akan peranan dan tangungjawab selaku tonggak utama dalam keluarga. Kalau tidak isteri akan cepat tawar hati pada suami ya. Bentuklah keluarga yang sempurna dan bahagia hingga ke akhir hayat.