Bahaya HB Low kepada Ibu Hamil

RISIKO HB LOW BAGI IBU HAMIL

Ramai ibu-ibu preggy kat luar sana mengalami masalah HB low ketika mengandung. Ada yang faham dan ada yang tak tahu apa itu HB Low. HB bermaksud Haemoglobin dan Haemoglobin berfungsi sebagai pengangkut zat makanan dan oksigen ke keseluruhan badan. Itu sebabnya HB amat penting bagi ibu-ibu hamil. Antara kesan hb low untuk ibu-ibu hamil :

1. Ibu mudah letih dan lesu :

Salah satu kesan HB rendah ni boleh menyebabkan ibu mudah letih dan kurang bertenaga semasa hamil. Perkara sebegini berlaku disebabkan kekurangan oksigen dan nutrient yang amat diperlukan dalam badan. 

 

2. Kelahiran bayi Pramatang.

Kelahiran bayi pra matangSelain itu, bahaya hb rendah juga boleh mendatangkan kesan kepada fizikal bayi dalam kandungan. Kelahiran seperti bayi pra matang boleh terjadi dimana bayi tidak dapat membesar secara normal di dalam kandungan.

 

 

3. Tumpah darah semasa bersalin

Apabila bacaan hb rendah dan tidak menunjukkan perubahan sehinggalah nak bersalin, ibu hamil berisiko untuk tumpah darah semasa bersalin.

 

 

4. Keguguran

Perkara yang paling ditakuti oleh mana-mana ibu hamil adalah keguguran. Hal ini berlaku kerana ketidakupayaan badan untuk menanggung kehamilan dan ada risiko keguguran.

 

5.Masalah anemia kerana kekurangan zat besi

Masalah anemia ini berlaku apabila bacaan hb terlalu rendah dan tidak menunjukkan sebarang kemajuan.

 

 

6. Tekanan darah tinggi

Kebiaasan ibu hamil yang mengalami hb rendah berkemungkinan untuk mengidap darah tinggi. Akibat terlalu letih dan kekurangan oksigen dalam badan, darah tinggi boleh menyerang.

 

 

7. Bayi meninggal dalam kandungan

Antara risiko paling tinggi bila mengalami hb rendah ialah bayi boleh meninggal di dalam kandungan akibat daripada komplikasi-komplikasi yang berlaku.

 

 

8. Kematian ibu.

Dalam kes yang paling teruk, apabila hb rendah dan terjadinya anemia dan apabila anemia tidak dirawat, ianya boleh menyebabkan kematian ibu hamil.

 

 

Jadi, semua ibu-ibu hamil mesti mengharapkan segala urusan semasa hamil dipermudahkan kan? Sebab itulah, ibu-ibu hamil perlu peka dan sentiasa ambil berat tentang kesihatan diri mahupun baby. Apa-apapun mummy2 tak perlu risau sekiranya hb mummy2 rendah, dengan nasihat doctor,ubat-ubatan dan supliment-supliment tambahan dapat bantu mummy-mummy semua yang penting;

JANGAN CEPAT PUTUS ASA! 😀

Next perkongsian, saya akan share bagaimana cara untuk atasi masalah hb rendah, Stay tuned semua! 😉

Sumber: Siraplimau.com / ummitiqah.com  

 

 

 

 

 

 

 

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping