Berpantang Rumah Sendiri atau rumah Mertua ? Mana jadi pilihan ?

Sape tak sedih kan bila kena berpantang umah mertua , mesti tak selesa dengan keluarga belah suami. Bila duduk umah sendiri bebas sikit nak buat itu ini .

Keselesaan sangat penting bila nak berpantang sebab kita nak berehat . Bila rumah sendiri mudah nak makan , nak menyusu , nak tidur bila2 masa . Waktu berpantang kena sentiasa berpanas badan , baju asyik kotor terkena susu & minyak urut . Bila buat apa2 ikut keselesaan kita sebb umah mak kita sendiri .Kita xnak menyusahkan mertua & mak kita yang makin dimamah usia .

Ibu berpantang ni cepat lapar tau , sikit2 nak makan sikit2 nak makan . Ia juga perlukan makanan banyak sebab banyak hilang darah , Kalau duduk umah mak sendiri boleh selongkar dapur cari makanan . Duduk umah orang lain gigit bucu katil jelaa . hehe


Bila mertua tak sihat , terpaksa lah kita kena berpantang umah mertua sebab kita xnak mereka ulang alik.Biasa orang tua ni kalau boleh hari2 nak tengok cucu dia kan . Bak kata orang tua2 Masuk kandang kambing mengembek , masuk kendang rimau meraum , pandai-pandailah sesuaikan diri dengan situasi .

Kita anggap jelaa tu masa yang ada untuk mereka . Keluarga mertua ni sama macam mak ayah kita jugak . Walaubagaimana pun dia tetap mak ayah kita . Biasa kalau rumah mertua ni , mak mertua laa yang banyak buat itu ini kan , tu yang jadi tak selesa .

Bila rumah sendiri , senang dan mudah kalua kawan- kawan kita nak datang melawat . Malam2 pun mereka boleh datang . Ada pulak Kawan jenis yang gelak satu kampung dengar . Kalau nak minum air boleh suruh adik beradik tolong buatkan , bila rumah mertua segan nak suruh orang buatkan .

Nak pakai bengkung bukan senang tau , kena pusing sana pusing sini . Bengkung ni memang amalan orang oang berpantang sejak dulu lagi . Bengkung tradisional pula jenis tali asyik terbuka je , lilitan tak kemas . Kalau ada mak , boleh tolong mak pakaikan . Kalau berpantang pulak ,kena pakai alas kain batik je . Kalau mak je tengok tak la malu sangat ,

Berpantang rumah mak atau rumah mertua adalah pilihan masing-masing. Pilihlah yang mana mudahkan kita, selesakan kita

sebagai ibu yang tengah berpantang. Kita tak nak pantang dalam keadaan stress emosi dan perasaan.


Sebelum bersalin tu bincang dulu elok2 dengan suami nak berpantang mana. Suami pun kena faham situasi isteri kan .
Jangan memaksa isteri untuk berpantang dirumah mertua klau dah terpaksa nak buat camana kan ?

Nak berpantang mana2 pun boleh je . Tapi bila umah sendiri lagi selesa . Klau anak2 ramai , boleh marah2 anak . Nak gelak ketawa pun xde halangan . Tapi kena ikut situasi semasa jugak tau , klau suami kerja dekat dengan rumah mertua ,

Kena berpantang rumah mertua laa ye . Anda semua macam mana ?

 

Sumber : http://mommydailywellness.blogspot.com/

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping