Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menghadkan penglibatan suami dalam bilik bersalin bagi mengelakkan kemungkinan merebak nya wabak Covid19. Pastinya ramai ibu-ibu hamil yang bimbang untuk menjengah bilik bersalin sendirian tanpa suami menemani.
Tapi apa sebenarnya kepentingan suami ketika proses melahirkan?
Waktu bersalin merupakan antara detik paling menyakitkan dalam hidup seseorang. Pastinya kehadiran pasangan bersama sewaktu isteri berjuang melahirkan zuriat sedikit sebanyak menguatkan si isteri dan mengingatkan bahawa dia tidak sendirian!
Suami akan sangat membantu untuk menguruskan segala procedure hospital sewaktu hari bersalin. Selain itu, suami berperanan untuk membantu isteri melakukan keputusan yang diperlukan di saat-saat genting jika berlaku apa-apa komplikasi dalam bilik bersalin
Bila sakit menguasai diri, kadang-kadang membuatkan seseorang buntu apa yang harus dilakukan. Waktu ini, pasangan memainkan peranan untuk mengingatkan kita langkah-langkah penting supaya perjalanan bersalin akan lebih lancar dan mengelak apa-apa kesan buruk seterusnya.