Perut kembung dan berangin antara masalah yang sering dihidapi tidak kiralah daripada bayi, orang dewasa hinggalah warga tua. Wanita hamil juga tidak terkecuali. Malah, masalah perut kembung semasa mengandung adalah salah satu masalah paling kerap berlaku pada wanita.
Hormon progesterone sebenarnya membantu wanita hamil kekal sihat sepanjang kehamilan. Apabila wanita hamil, proses pencernaan yang diaktifkan oleh hormon ini menjadi perlahan menyebabkan perut mudah masuk angin, kerap sendawa dan kentut.
Apabila wanita hamil makan, bayi dalam rahim akan mengambil nutrisi dan air dalam makanan itu. Sisa makanan yang kering akan menjadi najis yang keras, dan ia akan menyebabkan sembelit dan perut kembung semasa mengandung.
Wanita hamil biasanya akan makan lebih banyak daripada biasa dan jarang bersenam. Apabila berat badan bertambah, perut akan menjadi semakin tidak selesa dan kembung. Namun begitu, wanita hamil tidak digalakkan mengambil ubat untuk membuang angina kerana ia boleh menjejaskan kandungan.
Air dan jus buah buahan mampu meningkatkan cecair dalam badan. Selain itu, sup dan buah buahan yang mempunyai tinggi kandungan air juga boleh diamalkan.
Setiap kali makan, pastikan ia dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap. Dengan ini, makanan mudah dicerna dan dapat mengelakkan perut kembung semasa mengandung. Ia juga dapat mengurangkan masalah sembelit.
Elakkan makan terburu-buru agar saluran usus tidak ‘overload’ dan dalam masa yang sama anda akan menelan angin yang boleh menyebabkan perut kembung.
Serat memudahkan penyerapan pada sistem pencernaan dan memudahkan pengaliran makanan dalam badan. Antara makanan yang tinggi kandungan serat ialah keladi, lobak, whole wheat, epal, pear dan oatmeal.
Bawang merah, kubis, brokoli adalah antara makanan penyebab angin dalam badan.
Makanan berminyak pula melambatkan proses pencernaan yang menyebabkan masalah perut kembung semasa mengandung bertambah buruk.
Normal bagi ibu hamil mengidam benda-benda yang manis ketika mengandung. Kurangkan minum minuman berkarbonat dan jus buah dalam tin atau botol kerana ia mempunyai kandungan gula yang tinggi. Anda disarankan minum jus perahan segar terutamanya buah aprikot, pisang dan peach sebagai pengganti gula-gula dan minuman dalam tin.
Chewing gum dan makanan pengurus badan adalah antara makanan yang mengandungi sorbitol, ia akan menyebabkan perut kembung dan berangin semasa mengandung.
Elakkan makan dengan gelojoh kerana semasa makan udara akan masuk bersama ke dalam badan. Anda dinasihatkan, tarik nafas sebelum makan, dan pastikan makan dengan tenang tanpa tergesa gesa.
Kerap duduk juga akan menyebabakn angin dalam perut sukar keluar. Anda haruslah sentiasa lakukan pergerakan supaya angin dalam perut mudah keluar.
Setiap kali selesai makan, catat apa yang sudah diambil. Jika dalam masa enam jam selepas makan anda mengalami perut kembung, ia akan memudahkan anda untuk kenal pasti jenis makanan yang membuatkan perut anda kembung.
Biasanya, masalah perut kembung semasa mengandung berlaku pada awal kehamilan. Apabila masuk ke peringkat akhir kehamilan, masalah ini akan berkurangan. Tetapi jika masalah perut kembung semasa mengandung berpanjangan hingga sakit seluruh badan, cirit-birit dan pendarahan pada najis, segera lakukan pemeriksaan di klinik berdekatan. Dikhuatiri jika keadaan ini berterusan akan menjejaskan kandungan.
SUMBER: https://siraplimau.com/perut-kembung-semasa-mengandung/