Mesti ramai ibu-ibu yang ada konflik untuk buat pemeriksaan kesihatan sepanjang hamil di klinik swasta atau kerajaan (klinik kesihatan) kan? Ada yang kejap ke klinik swasta, kejap klinik kerajaan. Yang pasti, dua-dua mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jadi, mari kita nilai yang mana lebih baik!
Akan ada pemeriksaan menyeluruh untuk tahu tahap kesihatan ibu secara terperinci. Anda perlu mengisi maklumat dalam buku pink, buat ujian air kencing, timbang berat, tekanan darah, ambil ujian darah dan pemeriksaan perut.
Prosedur klinik swasta agak mudah berbanding klinik kesihatan. Hanya perlu buka buku kehamilan, ujian air kencing, timbang, tekanan darah dan scan baby.
Kebiasaan nya ibu-ibu perlu mengambil nombor dan menunggu giliran. Jadi, Ibu-ibu perlu datang awal pagi bagi mengelak menunggu terlalu lama. Ini antara kekurangan yang kebiasaan ibu-ibu kurang gemar, makanya mereka memlih untuk ke klinik swasta.
Namun, ini bergantung pada klinik kerajaaan atau klinik kesihatan yang kita kunjungi juga. Ada yang proses nya lebih cepat.
Hanya mengambil nombor dan menunggu giliran anda sehingga dipanggil. Anda juga boleh hadir bila-bila masa mengikut temujanji anda dengan doktor. Kalau yang kerja dan susah untuk mohon cuti, meraka boleh membuat temujanji pada hujung minggu.
Perlu membuat ujian air kencing selepas mendapat nombor giliran. Seterusnya perlu cek tekanan darah, timbang berat dan cek bacaan HB.
Perlu melakukan ujian air kencing, timbang berat dan tunggu masa untuk scan baby. Lebih nya klinik swasta ni, kita dapat scan baby jadi kita akan tahu dengan jelas perkembangan baby dari segi kedudukan okay atau tidak, air ketuban macam mana. Boleh monitor degupan jantung baby juga. Kalau di klinik kerajaan, doktor akan scan bila terdapat masalah pada kandungan.
Di sini, tiada bayaran dan ubat / vitamin kehamilan adalah percuma
Kebiasaan nya bayaran di klinik swasta mengikut harga yang telah ditetapkan oleh klinik berkenaan. Sesetengah ibu-ibu mengelak ke klinik swasta disebabkan harga yang agak mahal.
Apa-apa pun, yang penting ibu-ibu perlu melakukan pemeriksaan kesihatan tak kisah di klinik swasta atau klinik kesihatan biasa. Ini penting untuk memastikan perkembangan janin anda baik dan juga mengelak apa-ap komplikasi di masa hadapan. Semoga bermanfaat!
Sumber: Athirah Assin