HAMIL KALINI PJJ (PERHUBUNGAN JARAK JAUH) DENGAN SUAMI

Bukan mudah hamil kalini berjauhan dengan keluarga , apatah lagi berjauhan dengan suami. Suami lah orang pertama isteri perlukan disisi saat-saat hamil ni untuk dikongsikan bersama. Tapi sekarang dengan situasi Pandemik virus covid-19 diseluruh dunia ramai yang terkesan ada yang berjauhan dengan suami atas tuntutan kerja dan sebagainya.

Masa mengandung dugaanya lain. Pening, loya nak muntah mabuk sampai tak boleh nak bangun. Pergi checkup pun seorang diri, bawa kereta sana sini tanpa suami. Kadang tu rasa tertekan sebab tak macam orang lain yang ada suami picitkan kaki, picit kepala melayan nak mengidam makan macam-macam.

Walaupun jarak jauh, sebagai seorang suami haruslah memahami dan sentiasa ada bersama isteri sepanjang proses kehamilan ni. Sekarang teknologi dah canggih, jauh jarak beribu batu pun masih ada cara untuk sentiasa berhubung. Dan yang paling penting jangan biarkan isteri lalui fasa kehamilan ni seorang diri tau!

5 CARA SUAMI WAJIB LAKUKAN UNTUK ISTERI WALAUPUN JARAK JAUH

1. SENTIASA  BERHUBUNG

Walaupun sibuk dengan kerja, suami jangan lupa untuk sentiasa menghubungi isteri ya. Paling penting jadikan ini satu rutin harian  supaya ibu rasa masanya terisi dengan orang tersayang. Tanggungjawab seorang suami untuk sentiasa tahu keadaan isteri, emosi dan kesihatan isteri dan kandungan dalam keadaan selamat.

2. CATAT BERSAMA PERGERAKAN BAYI

Setiap masa ambil tahu perkembangan bayi dalam kandungan. Salah satu cara suami boleh lakukan bersama isteri adalah catat atau kira pergerakan bayi dalam kandungan. Boleh buat melalui aplikasi whatsapp yang lebih mudah. Antara lain aktiviti atau perkara boleh lakukan bersama contohnya, senaraikan keperluan baby, pilihan nama anak dan info persediaan menjadi ibu bapa.

3. SENTIASA UPDATE LAPORAN BUKU MERAH ISTERI

Sepanjang isteri mengandung selama 9 bulan ni, ada sesetengah ibu yang mengalami masalah ketika hamil contohnya Hb rendah, masalah kencing manis, alahan teruk dan sebagainya yang perlu pemerhatian dari doktor. Jadi suami kena peka dan alert dengan penerangan dari doktor untuk pastikan perkembangan bayi dalam keadaan sihat.

4. BERIKAN HADIAH KEPADA ISTERI

Jangan jadikan jarak berjauhan sebagai satu alasan sukar untuk gembirakan hati seorang isteri. Boleh gunakan perkhidmatan ‘surprise delivery’ untuk hadiahkan kepada isteri sebagai tanda pengorbanan mengandungkan zuriat suami. Isteri ni kalau dapat jambangan bunga pun dah happy tau apatah lagi dapat hadiah barangan kemas, hehe..

5. HARGAI PENGORBANAN ISTERI DAN BERIKAN KATA-KATA SEMANGAT

Suami harus faham keadaan isteri yang bersusah payah mengandungkan anak. Semua kena berdikari sampailah isteri pendam sendiri rasa sakit dan nak kawal emosi.  Jadi perana suami wajib berikan kata-kata semangat kepada isteri. Sentiasa berdoa supaya Allah melindungi isteri dan anak walaupun berjauhan.  Berikan sepenuh perhatian dan masa untuk isteri. Lebih  banyak  belanjakan isteri lebih murah rezeki suami..

 

Semoga bermanfaat

 

 

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping