HATI-HATI! JANGAN SEBUT AYAT -AYAT INI PADA IBU HAMIL

Isteri kalau time pregnant ni mesti ada emosi yang tidak stabil. Kadang-kadang ketawa walaupun perkara itu tak kelakar pun, ada juga yang menangis padahal cerita yang ditonton takde la sesedih mana pun. Kita pulak jadi serba salah.

 

Tapi, itulah hakikat ibu hamil ni. Jadi, orang sekeliling terutama suami haruslah menjadi lebih sensitif dan peka kepada emosi si isteri supaya mereka tidak terasa dengan kata-kata suami sendiri. Pergorbanan isteri melahirkan zuriat bersama adalah harta yang paling bernilai di dunia.

Antara ayat-ayat yang ‘menusuk hati’ dalam tak sedar mengores hati sang isteri jika disebut oleh suami antaranya:

 

1. Awak nie asyik tidur je. Penat sangat ke?

Ketika isteri mengandung, mereka memang senang penat dan memang selalu mengantuk. Biarlah isteri kita tidur. Bila isteri dapat rehat yang secukupnya, baby dalam kandungan pun aktif dan sihat sentiasa. Suami pun mestilah happy kalau tengok isteri bertenaga jee kan walaupun tengah pregnant.

 

2. Hari nie pun awak tak masak ke? Kena makan di luar juga ke?

Ada sesetengah isteri memang akan ada alahan masuk dapur. Bau masakan pun boleh buat tekak jadi loya. Bukan buat-buat pun. Dia auto jadi macamtuu. Tak salahkan kalau kita beli makanan supaya isteri kita tak payah masak. Kalau teringin sangat nak isteri kita masak, tunggulah sehingga isteri sihat barulah request nak makan apa.

 

3. Bersepahnya rumah. Awak tak mengemas ke?

Rumah bersepah itu lumrah, lagi-lagi kalau kita ada anak kecil dan isteri yang tengah hamil. Biarlah isteri kita rehat, tak payahlah paksa mereka mengemas teruk-teruk. Setakat baju tak basuh, kita boleh hantar dobi, setakat rumah bersepah tak bersapu, suami menolong la mana yang boleh. Tolong isteri kan dapat pahala berganda..hehe

4. Badan awak macam dah makin besar je nie. Exercise la sikit.

Ini adalah BIG NO NO. Jangan sebut yang isteri makin gemuk. Dah la isteri mengandungkan anak kita, hargailah isteri walau apa juga keadaan dia. Isteri kita bersungguh-sungguh makan makanan yang berkhasiat dan makan supplement semasa hamil supaya anak yang dikandung membesar dengan sihat. Nanti lepas bersalin, in shaa Allah isteri kita kuruslah semula.

5. Pucatnya muka awak.

Biasanya muka pucat sebab tak de selera nak makan ataupun terlalu penat. Janganlah dikomen lagi muka yang pucat tu. Mungkin suami boleh membantu isteri untuk untuk tambah selera makannya supaya isteri kita lebih sihat dan bertenaga.

6. Nak makan ________ sekarang? Esok-esoklah saya carikan.

Kalau isteri mengidam nak makan sesuatu, carikanlah selagi mampu asalkan bukan makanan yang tak boleh makan dah la. Isteri kita nak bermanja je sekali-sekala. Isteri happy kita pun senang hati.

7. Banyaknya awak makan.

 

Isteri makan untuk dua orang, bukannya untuk diri sendiri je. Bagilah isteri kita makan makanan yang berkhasiat supaya mereka bertenaga sepanjang hamil.

Ini adalah sekadar peringatan mesra untuk suami. Elakkan bercakap ayat-ayat ni tau depan isteri atau ibu hamil. Isteri kita mengandungkan anak kita, zuriat bersama. Jagalah isteri dan janganlah dera emosi mereka sesuka hati.  Hargailah pengorbanan isteri yang berharga ni bertarung nyawa lahirkan permata hati kita.

Untuk para suami jangan lupa sediakan segala keperluan yang terbaik buat isteri kita semasa mengandung dan juga lepas dah bersalin nanti ye. Semoga bermanfaat, terima kasih sudi membaca.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping