IBU MENGANDUNG BOLEH BERSENAM ? TEKNIK SENAMAN UNTUK IBU HAMIL MENGIKUT TRIMESTER.

Selalunya masyarakat selalu menasihatkan agar ibu-ibu hamil tidak melakukan kerja-kerja yang berat dan tidak terlalu aktif membuat aktiviti.Persolannya adakah bersenam iaitu aktiviti fizikal ini bagus untuk ibu hami amalkan?

Jawapannya bersenam sebenarnya adalah aktiviti yang bagus dan baik untuk ibu hamil.Hal ini kerana dengan bersenam inilah dapat menjaga kesihatan kandungan terutamanya pada tempoh awal kandungan.

Setiap pergerakan yang dilakukan oleh ibu hamil dapat menjadikan otot dan badan  menjadi semakin kuat.Yang menariknya tahap kesihatan sepanjang tempoh kehamilan itu juga dapat dikekalkan.

Dikatakan setiap pergerakan yang dilakukan semasa senaman ini dapat membantu ibu-ibu semasa kontraksi awal dan memudahkan proses bersalin.

 

JENIS SENAMAN:

1.TRIMESTER PERTAMA (1-3 BULAN)

Jenis senaman: Berjalan/Senamrobik berimpak rendah/berenang

Masa:20 minit setiap hari, 3-4 kali seminggu

 

2.TRIMESTER KEDUA(4-6 BULAN)

Jenis senaman: Yoga

Masa:Mengikut kesesuaian aktiviti

 

3.TRIMESTER KETIGA(7-8 BULAN)

Jenis senaman:Berjalan santai

Masa: Mengikut kesesuaian aktiviti

 

AKTIVITI YANG HARUS DIELAKKAN OLEH IBU HAMIL:

1.Latihan Selang High-Intensity (HIIT)

Semasa hamil jantung sudah bekerja keras untuk mengepam darah jadi aktiviti ini boleh memberikan tekanan kepada jantung.

2.Over-Head Shoulder Press

Senaman ini memberikan tekanan kepada bahagian belakang badan jadi senaman ini akan menyebabkan sakit belakang kerana tekanan diberikan kepada bahagian bawah belakang badan.

3.Angkat Berat

Ibu mengadung tidak disyorkan untuk mengangkat benda berat jadi sememangnya senaman ini perlu dielakkan oleh ibu hamil. Senaman lain seperti backbends,meniarap dan juga Hot Yoga juga amatlah dinasihatkan agar tidak dipraktikkan oleh ibu mengandung.

 

Kesimpulan:

Bersenam amat digalakkan diamalkan oleh ibu mengandung tetapi perlu dilakukan secara santai dan tidak berlebihan seperti terlalu memaksa melakukan aktiviti yang boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada kandungan.Dapatkan nasihat dan juga pandangan dari pakar perubatan sebelum melakukan sebarang aktiviti fizikal yang berlebihan.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping