Hai mummy, kat blog kali ni akak nak share mengenai buku pink , Buku pink tau bukan buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh. Hee. Buku pink memang dah jadi cam kawan baik mummy dah kan?
Buku pink yang mummy bawak tu ada beberapa tag warna berlainan tau . Tau ke taktau? Okay jom lah akak share maksud setiap warna tag tu, jum kita tengok.
Untuk tag warna putih tiada risiko untuk bersalin . Mummy boleh bersalin dekat mana-mana hospital termasuk hospital daerah.
Penjagaan oleh Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa sekiranya tak ada faktor risiko.
Warna hijau untuk buku pink bermaksud perlu berjumpa dengan Doktor di Klinik Kesihatan . Selain tu, mummy perlu follow up dari nurse dibawah pengawasan Doktor.
Untuk warna kuning pulak memerlukan pemantaun doktor pakar FMS/O&G . Contoh jika ada masalah seperti diabetes dengan insulin , darah tinggi ,HB low & lain-lain.
Warna merah pula bermaksud ibu hamil yang berisiko tinggi. Contohnya seperti mummy yang mempunyai penyakit jantung, anemia ,eklampia, preklampia,kontraksi rahim pra matang dan lain-lain yang perlu dimasukkan ke hospital jika ada masalah berkaitan ibu atau bayi.
Pakar O&G/Pakar Perubatan Keluarga boleh menukarkan warna mengikut penilaian tahap risiko semasa ibu hamil. Soo tag buku pink mummy warna apa? Putih ,hijau, kuning atau merah?
Pesanan manis akak untuk semua mummy yang preggy atau Mom to be , jaga kesihatan , kawal pemakanan(Diet seimbang) & jangan lakukan kerja berat waktu preggy tau. Akak doakan semoga urusan mummy dipermudahkan.