ISTERI HAMIL MUNGKIN BOLEH GILA GARA-GARA SUAMI ABAIKAN EMOSI. CARA-CARA BERKESAN SUAMI PERLU BUAT UNTUK KAWAL EMOSI ISTERI HAMIL. NOMBOR 5 MESTI ISTERI SUKA !
Seorang yang bergelar wanita biasanya emosi selalu berubah-ubah.Kejap boleh happy, kejap boleh manja-manja ,eh tetibe boleh marah-marah. Itulah unik seorang yang dinamakan wanita. Bila mengandung lagilah terlebih emosi bila perubahan hormon berlaku. Suami kena alert dengan emosi isteri masa mengandung, ni caranya.-
-Suami perlulah jadi pendengar setia isteri, lagi-lagi bila isteri mengandung. Isteri bukan apa , sebab suamilah kawan baik diorang tempat diorang luahkan perasaan & bercerita. Part paling penting bila isteri cerita jangan main handphone tau, focus je apa diorang share.
-Ada isteri yang berkerja & ada jugak yang full time house wife. Tak kiralah isteri kerja @ suri rumah , bantulah mereka uruskan kerja rumah. Kadang-kadang seminggu kain tak berlipat, dengan alahan lagi perut semakin membesar semakin terbatas pergerakan mereka .
Bila suami tolong buat kerja rumah sekali mesti sejuk hati isteri & kuranglah rasa keserabutan dalam kepala isteri nak uruskan banyak benda dalam rumah tu. Bak kata hakak “share your life same with share your home with partner”
-Bila mengandung ni kebanyakan ramai yang akan mengidam ,tak semua ibu mengandung alami mengidam ni. Kadang-kadang benda simple je diorang mengidam. Ada jugak tahap pelik2 diorang punya mengidam. Kalau tak dapat apa diorang idamkan emosi diorang memang terlebih-lebih.
Emosi kalau mengidam tak dapat ni bukan dibuat-buat tau tapi memang emosi semula jadi ibu-ibu mengandung. Sebagai suami cuba la penuhi hajat mereka mengidam tu , sekurang-kurangnya dapat buat diorang happy & lega.
-Seboleh-bolehnya para suami sentiasa menemani isteri buat check up di hospital @ klinik. Isteri mesti rasa happy dan sangat dihargai sebab suami sendiri yang temankan check up perkembangan kandungan dan dirinya semasa mengandung. Diorang akan rasa tak keseorangan dan dapat bantu kawal emosi diorang.
-Ye, tak dinafikan lagi membawa isteri jalan-jalan @ bersiar boleh kurangkan stress isteri. Hal ini kerana isteri boleh lari sekejap dari apa yang menyerabutkan kepala diorang. Bukan tu je, isteri dapat tenangkan fikiran diorang jugak.
Justeru itu, bila isteri banyak bergerak pada akhir trismester boleh mudahkan proses bersalin @ pembukaan laluan untuk bersalin.
Psssst, Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada tuan & puan yang membaca. Jangan lupa share & tag pasangan uols.