ISTERI NAIK ‘HANTU’ BILA SUAMI PANDANG REMEH URUSAN RUMAH TANGGA

Kebiasaannya sinonim si isteri lebih banyak uruskan hal rumah tangga berbanding suami. Bagi lelaki digelar suami ni, mereka hanya perlu bekerja mencari rezeki sahaja.

Cukup pakai, cukup makan minum dah okey. Balik kerja rehat terus tidur je kan?

Macam manalah isteri tak naik hantu! Hanya isteri yang tahu nak menguruskan rumah tangga bukankanlah sesuatu yang mudah.

Bagi mereka segala urusan dalam rumah seperti mengemas, jaga anak, cuci pakaian dan memasak adalah tugas seharian yang mereka perlu lakukan setiap hari.

Pastinya takkan pernah habis! Jadi para suami patut tahu bila isteri naik hantu, cepat membebel, marah-marah tu sebab isteri ni terlalu penat.

Lagipun suami harus tahu, nak uruskan rumah tangga bukanlah tanggungjawab isteri sahaja. Suami pun penting memainkan peranan dalam rumah tangga.

Nak isteri dan keluarga bahagia? Suami patut tahu apa yang boleh dibuat supaya isteri tersayang tersenyum kembali !

 

5 PERANAN SUAMI BUAT ISTERI BAHAGIA

 

1)Sentiasa Ingat Pengorbanan Isteri

 

Perkara paling penting untuk suami adalah sentiasa ingat pengorbanan isteri.

Sebab isterilah yang melahirkan zuriat untuk suami, yang berpenat lelah menahan kesakitan demi melahirkan zuriat bersama.

Bukan suatu yang mudah bila isteri nak uruskan rumah tangga, mengandung dan melahirkan zuriat tanpa sokongan yang kuat daripada suami.

Jadilah  seorang suami yang baik dan tak pernah putus berbuat baik. Kerna pengorbanan seorang isteri atau seorang ibu tak patut dipandang remeh.

Take noted ya para suami sekalian.

 

2)Berkomunikasi

 

Dalam rumah tangga, komunikasi antara pasangan sangat penting untuk keharmonian dalam hubungan suami isteri.

Contohnya bila isteri marah suami perlu pujuk dan tenangkan isteri supaya isteri tak memendam rasa sehingga timbul pergaduhan dan salah faham.

Hal ini sangat membantu suami untuk lebih mengenali isteri dan memperkuatkan lagi ikatan perkahwinan yang telah dibina.

 

3)Belanjakan isteri

 

Jadilah suami yang pemurah isteri pun bertambah sayang kan? kalau ada rezeki lebih tu suami janganlah kedekut.

Gembirakan dan bahagiakanlah isteri dengan berkongsi dan belanjakan isteri. Walaupun bukan barang yang mahal,isteri pasti dah berbunga-bunga hati tu.

 

4)Rajinkan diri membantu isteri

 

Peranan suami buat isteri bahagia juga adalah sentiasa membantu isteri. Terutama dalam menjaga anak-anak dan kemas rumah contohnya.

Kebiasaan isteri mudah melenting bila anak-anak selalu sepahkan rumah. Bila nak mengemas rumah pasti ada sahaja anak-anak yang sepahkan balik kan?

alangkah bahagianya bila suami ringan tulang dapat bantu isteri. Hilang juga rasa penat tu. Boleh bergilir rehat bila suami pun rajin membantu.

 

 

5)Luangkan masa bersama keluarga

 

Seterusnya, luangkan masa bersama keluarga juga adalah peranan suami yang dapat bahagiakan isteri. Bila suami sentiasa ada untuk keluarga,

maka bertambahlah kasih sayang dan hubungan dalam ahli keluarga samada isteri dan anak-anak juga lebih kuat. Malah jika ada sebarang masalah,

isteri atau anak-anak lebih mudah untuk berkongsi dan saling melengkapi.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping