JANGAN PERNAH TINGGAL AIR KOSONG DEMI KESELAMATAN SEPANJANG KEHAMILAN

Pentingnya air kosong yang ramai ibu hamil tak tahu, jom amalkan,ibu sihat baby kuat. Bagi wanita hamil perlu minum air kosong secukupnya selama kehamilan untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi. Dengan amalkan air kosong ibu hamil juga dapat atasi masalah pening, masalah kulit hingga ke masalah gangguan pencernaan.

 

senang je kan, dengan amalkan air kosong baby kat dalam tu pun sihat dan ibu bertenaga. Hari ni akak nak terangkan serba sedikit pentingnya air kosong untuk ibu hamil.

 

MEMBANTU PEMBENTUKAN JANIN

 

Air adalah salah satu fungsi utama dari darah manusia, ia berfungsi untuk membawa nutrisi penting yang diperlukan oleh janin melalui darah untuk membantu pembentukan janin. Air juga membantu tubuh manusia untuk menyerap nutrisi penting dari makanan yang kita makan dan boleh mempercepatkan penyerapan gula dalam darah untuk meningkatkan tenaga.

MEMBANTU PROSES PENCERNAAN DENGAN MUDAH KETIKA HAMIL

 

Ketika hamil, kita tidak hanya makan dan minum untuk dua orang, tetapi kita juga membuang
zat-zat yang tidak diperlukan dalam tubuh daripada dua orang. Oleh itu, pentingnya
penggunaan air ketika hamil untuk membuang sisa tersebut. Selain itu, air juga membantu
untuk mengatasi masalah kencing kotor yang sering terjadi kepada ibu hamil.

 MEMBANTU UNTUK MENGATASI MASALAH KULIT

 

Air membantu untuk mengatasi masalah kulit. kebiasaanya, ibu hamil akan mengalami
beberapa masalah kulit seperti jerawat atau kulit kering. Dengan memperbanyakkan minum
air masak, kulit akan menjadi lebih bersih dan sihat sepanjang kehamilan.

ATASI KELETIHAN DAN SAKIT KEPALA

Air kosong memiliki fungsi yang amat penting untuk mengatasi masalah keletihan dan sakit
kepala. Bagi ibu hamil yang banyak melakukan aktiviti di luar rumah sangat penting minum
sekurang-kurangnya dua liter air kosong sehari.

MENGHASILKAN KUALITI SUSU YANG BAIK

Semasa hamil, badan anda memerlukan lebih banyak air untuk menangani permintaan badan
anda. Air adalah penting untuk sel-sel darah yang sihat dan untuk mengekalkan hidrasi badan.

Air juga merupakan fungsi utama susu ibu, dan penting bagi pengeluaran susu yang baik.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping