KANDUNGAN OVERDUE? IBU JANGAN SERONOK SANGAT TAU KALAU LAHIR BABY LAMBAT

Usia kandungan lebih dari tarikh due memang menjadi kerisauan pada para ibu kan. Tambahan lagi kalau ibu yang kandungan anak pertama yang takda apa-apa pengalaman bersalin. Kadang-kadang sampai terpikir macam mana la keadaan bayi dalam kandungan ni kalau overdue? Adakah normal dikalangan ibu-ibu yang lain?

 

Due date boleh berubah mengikut scan yang dibuat oleh doktor, lebih-lebih lagi jika ibu kurang pasti bila tarikh hari pertama haid terakhirnya atau pun haid tidak teratur jika tak mengandung. Kebanyakkan bayi akan lahir antara minggu 37 hingga 42, dan kelahiran dalam jangka masa ini dianggap normal.

 

Diantara penyebab overdue seseorang adalah:

 

Sejarah Keluarga

Sesetengah wanita mempunyai genetik untuk melalui kehamilan panjang. Jika ibu dan nenek anda pernah overdue, lebih daripada dua minggu tanpa ada apa-apa masalah, maklumkan kepada doktor agar dia dapat melambatkan tempoh diindius bagi membolehkan anda memulakan proses kelahiran.

 

Saiz Kepala Bayi

Jika bayi ibu mempunyai kepala yang besar berbanding saiz pelvik, ia mungkin tersekat. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan tubuh ibu tidak dapat menghasilkan hormon oksitosin yang dapat memulakan kelahiran.

 

Tiada Kontraksi

Ada kalanya kehamilan ibu boleh melebihi tarikh jangkaan apabila rahim tidak mengecut seperti yang sepatutnya. Oleh kerana itulah, proses kelahiran tidak dapat dimulakan.

 

Apa-apapun jangan risau. “Overdue babies are born healthy”. Allah saja tahu bila masa yang sesuai bayi-bagi ini akan bersedia untuk menjengah dunia. Kalau kita merancang, perancangan Allah sememangnya lebih baik kan? Semoga dipermudahkan urusan ibu-ibu semua. Stay tune untuk perkongsian seterusnya ya 😉

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping