Bila suami di sisi, isteri akan dapat lebih kekuatan untuk bersalin. Kesakitan memang tidak boleh dikurangkan, tapi dengan adanya sokongan dari suami akan membuatkan isteri lebih kuat.
Berikut adalah beberapa sebab untuk suami perlu berada di sisi isteri semasa bersalin:
.
Proses untuk melahirkan anak tentu sekali bukanlah satu perkara yang mudah. Ia merupakan perjuangan zahir dan batin, fizikal dan emosi seorang wanita yang lemah. Tidak ada satu kesakitan pun di atas dunia ini yang boleh menggambarkan betapa sakit dan pedihnya kesakitan yang dialami sewaktu melahirkan anak. Dan kesukaran ini bukan sahaja dari buah mulut manusia, tetapi telah dirakam oleh Allah dalam Al-Quran.
Maka, dengan kehadiran suami tercinta dalam bilik bersalin sudah tentu sedikit sebanyak akan menyuntik semangat si isteri untuk terus bertahan.
.
Doa merupakan senjata utama buat para suami untuk isterinya. Doa serta kata-kata baik yang diluah oleh suami, sedikit sebanyak akan membantu si isteri dalam mengawal emosinya dan menenangkan hatinya.
Sebagai suami, hargai dan ingati setiap perjuangan yg isteri lakukan. Sebesar besar perjuangan mereka adalah semasa bersalin. Bagaikan 12 tulang belakang dipatahkan sekaligus, kesakitan yang jelas tidak boleh dibayangkan.
Untuk memori ini, sudah pasti suami seharusnya berada dalam rangka waktu dan tempat kejadian itu sendiri. Barulah nanti saat anak-anak sudah besar, suami boleh dengan terujanya menceritakan pengalaman ketika si ibu melahirkan mereka.
.
Apabila suami berada di dalam bilik bersalin, sudah tentu lebih mudah untuk suami menyambut bayi yang baru lahir, mendukungnya dengan penuh kasih sayang kemudian mengazankan sayup-sayup ke telinga kecilnya dengan kalimah-kalimah yang membesarkan Allah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat para suami. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan yang lain tau!