Sis tau tak, statistik menunjukkan bahawa 75% wanita yang dah berkahwin mengalami masalah keputihan disebabkan oleh aktiviti seksual. Keputihan ini maksudnya lelehan lender berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar dari faraj wanita.
Masalah keputihan yang teruk nie boleh menyebabkan punca masalah sukar hamil sebab ia boleh jejaskan keseimbangan pH pada lelehan faraj seterusnya menyukarkan sperma untuk sampai kepada telur ovum.
Keputihan yang normal, ianya tidak berbau nampak jernih atau putih. Namun, jika sis mengalami gejala seperti di bawah, itu tanda-tanda sis mengalami keputihan yang tak normal dan perlu atasinya segera.
Antara punca berlakunya keputihan disebabkan oleh:
Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual.
Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:
i. Rembesan estrogen (hormon pembiakan wanita hamil) memudahkan kulat melekat pada dinding faraj.
ii. Pengambilan ubat secara berlebihan dalam jangka masa yang panjang
iii. Pengambilan pil perancang turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah
Wanita yang menghidap diabetes lebih cenderung mengalami keputihan kerana kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj, yang membolehkan banyak kulat tumbuh dan membiak di kawasan faraj.
Oleh itu, sis perlu ada pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran keputihan normal atau penyakit keputihan yang serius yang memerlukan sis mendapatkan rawatan segera untuk atasi masalah keputihan tersebut