Bakal-bakal ibu pasti berdebar-debar kan setiap kali menunggu waktu bersalin? Ada yang makin dekat tarikh untuk ‘due’ makin tak senang duduk. Tipulah kalau ibu-ibu yang dah berapa kali pengalaman bersalin pun masih risau menanti hari ‘due’.
Ada ibu dari awal lagi tak nak bersalin ‘semulajadi’ sebab takut akan cabaran yang perlu dihadapi. Jadi masing-masing ada pendapat sendiri samada nak bersalin normal atau secara ‘caesar’.
Apa yang membuat mommy seram sejuk je sampai waktu bersalin ni? Haaa jom kita tengok 5 cabaran bersalin normal ni sekarang !
Kebanyakkan ibu, pasti akan merasai sakit contraction waktu nak bersalin kan? Lagi-lagi waktu nak tunggu bukaan. Sakit ni la yang buat ibu-ibu rasa tak tahan sangat sebab sakit ni buat pinggang rasa nak tercabut, rasa sakit badan dan emosi sudah tentu tak stabil.
Suami yang bersama menemani isteri pun terus jadi seram tak tahu nak buat apa waktu contraction ni.
Inilah yang menjadi cabaran ibu-ibu terpaksa hadapi untuk melahirkan buah hati tercinta.
Bagi ibu yang berpengalaman sekalipun yang dh anak empat anak lima pun masih alami situasi yang sama setiap kali nak bersalin. Bagi ibu-ibu, pengalaman kena seluk inilah yang agak menyeramkan jugak.
Setiap kali untuk check bukaan jalan untuk bersalin, waktu ni paling mommy risaukan sebab waktu ni doktor akan buat keputusan samada boleh bersalin secara normal atau caesar.
Antara cabaran bersalin normal jugak, ibu-ibu berisiko untuk dibius, digunting dan dijahit pada bahagian miss v. Sesetengah ibu hamil terutama yang pertama kali bersalin tiada pengalaman, mereka tak pandai lagi untuk meneran. Jadi risiko untuk terkoyak waktu bersalin mudah berlaku. Hal ini yang menyebabkan ibu-ibu hamil takut dan seram bila nk bersalin secara ‘semulajadi’ sebenarnya.
Jadi buat ibu yang pertama kali nak bersalin, sentiasa bertenang dan ikut petua meraka yang berpengalaman supaya dipermudah untuk urusan bersalin mommy tau!
Antara cabaran lain yang buatkan mommy seram sejuk bersalin normal ialah waktu nak membuang selepas bersalin. Kebanyakkan mommy ada yang sampai menangis waktu nak membuang disebabkan rasa sakit kesan daripada bersalin. Lagi-lagi yang terpaksa berjahit disebabkan koyakan waktu bersalin.
Tak mudah menjaga luka jahitan ni. Ngeri juga nak buang air lepas bersalin sehingga ada yang sembelit teruk.
Fasa selepas bersalin iaitu waktu berpantang adalah yang paling penting penjagaannya.
Nak berjalan pun kena hati-hati sebab risau jahitan terbuka. Sebab apa? Haa kalau dah terbukak jahitan tu, pasti ibu-ibu semua tak nak pengalaman dijahit sekali lagi kan? Lagi-lagi tanpa bius, memang kesakitan tu tak dapat digambarkan.
Jadi sangat penting untuk menjaga jahitan dan berhati-hati waktu berjalan atau nak buat apa-apa. Semoga bermanfaat buat semua !